Nilaian unit kapasitor

Untuk mengetahui nilai kapasitor pada komponen kepasitor adalah dengan membaca tulisan pada komponen tersebut. Tidak seperti perintang yang mewakili warna kod tertentu untuk nilai rintangan tertentu. Bagi kod transistor ia tertera pada badan transistor tersebut. Begitu juga dengan IC.

Membaca nilai kapasitor adalah mudah jika kita tahu teknik membacanya. Sama juga dengan kod warna perintang. Pada senarai di bawah ini anda boleh cuba lihat nilai- nilai seperti mikro Farad, nano Farad dan piko Farad. Ketiga-tiga nilai ini sebenarnya sama jika dilihat pada perbezaan titik permuluhannya. Pada penghujungnya adalah kod yang tertera pada komponen. Contohnya seperti 1µF, kod yang tertera pada komponen adalah 104. Jika anda sukar memahami pengiraan untuk membaca nilai kapasitor, anda hanya perlu ingat ini di dalam kepala. Di bawah ini adalah senarai yang biasa digunakan. Untuk nilai yang lain jika tiada terdapat di dalam contoh di bawah ini, anda hanya cari bilangan digit yang sama. Contohnya seperti 20, 34, 74 dan seterusnya.

Nilai piko = nilai nano = nilai mikro = kod tertera
100pF = 01nF = 0.0001uF = 101
220pF = 0.22nF = 0.00022uF = 221
4700pF = 4.7nF = 0.0047uF = 472
10000pF = 10nF = 0.01uF = 103
330000pF = 330nF = 0.33uF = 334
1000000 = 1000nF = 1uF = 105

Nilai kapasitan yang ditunjukkan di atas adalah untuk kapasitor tidak berkutub atau tiada polariti. Untuk kapasitor berkutub jenis elektrolitik tidak perlu contoh di atas. Nilai yang diberikan ditunjukkan pada badan komponen tersebut.

Terdapat juga alat pengukur yang boleh menentukan nilai kapasitan seperti multimeter yang mempunyai julat kapasitan. Alat paling canggih waktu ini pun adalah twizzer elektronik yang boleh memegang komponen kecil dan mengukur nilai kapasitan sekali. Harga pun boleh tahan juga dalam RM1000++.

Pada topik akan datang pula saya akan sentuh cara paling simple dan murah untuk uji kapasitor. Saya akan sentuh sekali jenis-jenis kapasitor yang perlu anda ketahui beserta dengan kegunaannya sekali.

Pengesan Logam

Untuk menghasilkan pengesan logam memerlukan setting yang betul betul dan juga paling penting sekali adalah lilitan gegelung yang memerlukan pengiraan yang betul. Selain itu komponen lain juga perlu diikuti dengan betul-betul. Apabila dikatakan dengan projek pengesan logam, ianya berkaitan dengan frekuensi. Jika di lab mempunyai osiloskop, bolehlah dilihat bentuk gelombang pada gegelung yang memancar dan juga yang menerima.

Setiap pengesan logam mempunyai frekuensinya tersendiri dan juga cara penghasilan litar juga berbeza. Dari segi pembinaan gegelung pula berbeza dari satu ke satu yang lain. Perbezaannya menyerupai beberapa bentuk seperti bulat, dua bulatan yang disamakan, dua bulatan yang bedekatan, bentuk bulan sabit, dan sebagainya. Bagi yang paling mudah dan senang untuk dihasilkan adalah berbentuk bulatan seperti yang saya tunjukkan.

Segulung gegelung tembaga ini disertakan atau disatukan kedua-dua gelung pemancar dan penerima. Kemudian kedua-duanya diikat dengan kuat-kuat. Tapi sebelum itu pastikan kedua-dua gelung ini berhasil dan diuji fungsinya. Nilai kapasitor dan juga bilangan lilitan gegelung menentukan keberkesanan litar. Manakala gegelung juga perlu ikut diameter dan juga saiz tembaga tersebut.

Bagi sesetengah litar tidak mengikut syarat yang ditetapkan dan ada juga sesetengah litar yang mengharapkan saiz dan juga ukur lilit yang tepat. Saya menghasilkan satu pengesan logam untuk satu kumpulan pencari harta karun dan emas dan memerlukan jarak pengesan yang dikehendaki. Bagi saya jarak pengesanan logam tidak perlulah melebihi satu kaki. Seeloknya kurang sikit dari satu kaki. Melainlah jika anda sanggup untuk menggali tanah sedalam melebihi satu kaki atau sehingga enam kaki.

Bagi litar yang menggunakan satu gegelung, hablur digunakan atau satu gegelung gandingan diperlukan. Gegelung gandingan tidak perlu dibuat kerana ianya siap untuk dibeli di kedai. Satu cabaran untuk hasilkan litar ini kerana gangungan frekuensi mungkin berlaku hanya dengan sedikit perubahan komponen dan juga susunnya.

Sensor pengukur tahap air

Saya ada menerima beberapa permintaan untuk membuat projek pengukur paras air sejak dari dua tahun dahulu sehingga sekarang. Litar yang digunakan adalah satu sahaja dan ianya dihasilkan dengan beberapa versi mengikut kegunaan. Seperti litar-litar yang biasa digunakan ia memerlukan sensor yang boleh mengukur dan menentukan paras air yang hendak diukur. Sensor yang paling mudah adalah dua batang mengalir yang di masukkan ke dalam air yang hendak diukur.

Kedudukan batang pengalir tersebut perlu disusun dengan ukuran tertentu bagi mendapatkan hasil yang diharapkan pada proses pengukuran tersebut. Manakala litar yang digunakan adalah ringkas dan mudah sekali dibina. Ianya semudah menggunakan satu transistor sahaja. Manakala litar yang agak rumit pula menggunakan satu IC 14 kaki dan beberpaa kompnen lain yang menampakan litar tersebut kompleks.

Encik Fareed pernah menganjurkan saya untuk merekakan satu alat pengukur air untuk tabung hidrogen ciptaannya. Jika digunakan alat pengukur menggunakan sensor biasa iaitu dua batang logam dimasukkan ke dalam tabung air, masalah mungkin akan berlaku untuk jangka masa agak lama. Ini kerana penggunaan sensor seperti itu akan menyebabkan berlaku hakisan atau pun karat walaupun ianya berlaku dalam masa agak lama.

Oleh itu saya cuba hasilkan satu alat pengukur menggunakan infrared yang mampu mengukur tahap paras air tanpa perlu menyentuhnya. Konsep utama adalah mengukur tahap air dengan pancaran infrared dan dipantulkan semula dari permukaan air sehingga ke penerima infrared. Setelah beberapa litar dipilih dan dibuat ujikaji sebelumnya, ia menampakkan hasil tetapi tidak seperti yang diharapkan pada perancangan. Pancaran infrared tidak memantulkan 100% pancarannya pada permukaan air yang jernih dan ini menyukarkan hasil yang diperolehi.
Litar asalnya dibuat modifikasi menjadikan ia boluh mengukur sehingga tiga tahap iaitu tahap penuh, sederhana dan kurang dengan tiga warna LED yang berbeza. Untuk mendapatkan hasil pantulan yang sempurna, kepingan pelampung nipis digunakan sebagai pemantul tahap air. Ianya sesuai untuk kaedah ini tanpa berlaku sebarang gangguan pada sensor. Namun pun begitu saya telah berulang kali membuat kaji sedikit mengenai jenis sensor yang sesuai digunakan. Saya menemui sensor jenis fototransistor yang berwarna hitam sepenuhnya. Tetapi harganya agak mahal berbanding sensor infrared receiver jenis LED.

Setelah siap membina litar yang direka khas, masanya untuk buat setting yang betul untuk setiap peringkat pengukuran. Oleh itu satu contoh tabung saya buat dengan botol plastik dengan kepingan pelampung. Encik Fareed memberitahu bahawa jarak pengukuran tidak terlalu jauh dan hanya lebih sedikit satu inci sahaja. Oleh itu saya buat pelarasan setiap LED untuk jarak satu inci sahaja. Diagram litar boleh dilihat seperti yang saya sertakan ini.

Projek ini dibuat untuk keadaan tertentu seperti yang Encik Fareed mahukan. Selain itu juga projek ini boleh digunakan untuk projek-projek yang lain. Tetapi bagi saya projek pengukur paras air seperti guna sensor pengalir adalah lebih popular. Bagi saya untuk hal seperti dimasukkan ke dalam tabung hidrogen rekaan Encik Fareed, saya rasakan ianya sesuai untuk cara terbaru ini kerana ia tidak menyentuh air. Satu lagi kejayaan Encik Fareed menggunakan air yang boleh menukarkan kepada hidrogen untuk dicampur dengan petrol kenderaan dan seterusnya memberi penjimatan berganda kepada penggunaan pertol kenderaan.

Jadual yang padat

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Kembali saya sekali lagi setelah lama tidak update blog ini. Buat pengetahuan member semua saya terlalu sibuk dengan pelbagai perkara di lab dan juga di luar lab. Begitu juga dengan hal-hal luaran yang perlu saya selesaikan. Oleh itu jadual saya terlalu padat sehinggakan saya sangat jarang dan tiada masa yang lama di online.
Untuk masa akan datang ini juga saya belum boleh pastikan lagi saya mempunyai masa secukupnya untuk blog Myenik ini. Begitu juga dengan laman web MyEnik yang sudah tidak beroperasi lagi untuk sementara waktu (belum tahu lagi bila waktunya) atas sebab-sebab tertentu seperti waktu rehat untuk myenik dan juga sedang membuat persediaan projek akan datang.

Perjalan agak perlahan kerana saya perlu uruskan beberapa urusan lain lagi. Walaubagaimana pun kepada member-member hanya perlu lawati blog MyEnik ini sahaja untuk dapatkan maklumat-maklumat dan juga info kegiatan saya. Selain MyEnik member boleh menjenguk terus ke blog peribadi saya sendiri.

Diharap selepas ini member-member saya boleh terus melawati blog ini untuk dapatkan maklumat-maklumat yang boleh membantu member semua.