Kejutan elektrik yang selamat

Kejutan elektrik terjadi pada kenalan tubuh (manusia) dengan sumber kuasa yang menyebabkan arus yang cukup melalui otot, kulit atau rambut. Biasanya, ungkapan yang digunakan untuk menunjukkan pendedahan yang tidak dikehendaki untuk kuasa, maka kesan yang dianggap tidak diingini saat ini tahap minimum manusia dapat merasakan dianggarkan sekitar 1 milliampere (mA). Tapi ini sangat bergantung pada frekuensi daripada isyarat. Arus boleh menyebabkan kerosakan rangkaian atau fibrilasi jika sudah cukup tinggi. Kematian disebabkan oleh kejutan elektrik disebut sebagai kuasa. Secara umum, arus hampir 100 mA boleh dirasai jika mereka melewati bahagian sensitif dari tubuh.

Jika voltan kurang dari 200 V, maka kulit manusia, lebih tepatnya stratum korneum, merupakan penyumbang utama impedansi tubuh dalam kes alihan-macroshock dari saat ini antara dua titik pada kulit. Ciri-ciri daripada kulit non-linear namun jika tegangan di atas 450-600 V, maka kerosakan dielektrik pada kulit berlaku.

Jika rangkaian elektrik didirikan oleh elektrod diperkenalkan di tubuh, melewati kulit, maka potensi untuk kematian jauh lebih tinggi. Ini dikenali sebagai sebuah microshock. Arus hanya 10 μA sudah cukup untuk menyebabkan fibrilasi dalam kes ini. Ini adalah keprihatinan dalam tetapan rumah sakit modern saat pesakit dihubungkan ke beberapa peranti.

Pada arus elektrik tertentu boleh menyebabkan kejutan atau sehingga kepada kematian. Namun untuk tahap arus tertentu (yang kecil) dengan menggunakan punca bateri, boleh menjadikan satu terapi yang baik untuk merawat penyakit pada anggota tubuh badan. Saya sendiri telah dan sedang dalam kajian untuk menghasilkan satu alat yang berupaya untuk merawat pelbagai penyakit pada tubuh badan kita. Ianya berkaitan dengan aliran arus elektrik yang kecil dan selamat beserta dengan frekuensi tertentu yang selamat.

Apa yang penting adalah keselamatan. Untuk lebih selamat saya menggunakan kuasa bateri kecil dan tidak memerlukan inverter untuk menghasilkan voltan tinggi seperti alat-alat dipasaran. Voltan tinggi dan arus yang tinggi boleh menyebabkan kejutan yang menyakitkan dan beberapa alat telah direka khas seperti alat pemecah lemak yang menggunakan inverter voltan tinggi dari voltan rendah pada bateri. Penggunaan voltan dari soket 240vac tidak digalakkan walaupun telah melalui litar regulator untuk dikecilkan.

zap_instructions

Seorang sukarelawan telah dikenal pasti untuk menguji prorotaip ini yang merupakan seorang pesakit tegar yang telah mencuba pelbagai jenis perubatan untuk mengubati penyakit beliau. Kita nantikan keputusannya nanti. Insyaallah.

Ujian bekalan kuasa tanpa wayar

Ini merupakan salah satu ujian prototaip bagaimana satu tenaga elektrik boleh disebarkan melalui ruang udara. Kira anda mengetahui dan mengenali ujikaji seperti Tesla dan beberapa yang lain, ini merupakan contoh kecil yang menyerupai contoh projek mereka. Walaupun kecil dan sekadar untuk melihat dan memerhati fungsi dan aplikasi selanjutnya yang boleh dimanfaatkan dari prototaip ini.


Jika dilihat pada diagram litar ia terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah pemancar dan kedua adalah penerima. Pada bahagian penerima hanya dapat LED sahaja digunakan untuk menunjukkan voltan yang dipancar diterima. Seperti yang kita ketahui, untuk menghidupkan satu LED perlulah tidak kurang dari 2.5 volt atau bergantung kepada jenis LED seperti ultra bright LED atau LED biasa-biasa.

Pada bahagian pemancar, komponen utama adalah gegelung. Gegelung akanmemancarkan gelombang berfrekuensi tertentu yang ditentukan oleh nilai kapasitor. Voltan yang dikenakan tidak boleh melebihi 6 volt atau 5 volt adalah tahap yang paling sesuai. Ini kerana IC yang digunakan. Kenapa? Kerana IC ini berfungsi untuk voltan tidak melebihi 5 volt. Jadi bagaimana pula untuk voltan lebih seperti 9 volt atau 12 volt? Jawapannya perlu diturunkan nilai voltan melalui litar pengatur voltan atau pun tukar IC yang sama dengan fungsi IC sedia ada. Biasanya beza pada syarikat pengeluaran.

Pada bahagian penerima pula komponen seperti gegelung adalah penting. Kedua-dua gegelung pada litar penerima dan pemancar harus dirapatkan dan hasilnya LED akan menyala. Perhatian kepada litar penerima yang tiada sebarang bekalan kuasa dikenakan. Gelombang dari pemancar diterima pada frekuensi tertentu dan ditukarkan kepada arus elektrik kecil. Seterusnya LED akan menyala.

Litar asal dapat menghidupkan LED pada jarak tidak sampai 1 inci. Setelah dibuat beberapa perubahan dan memahami konsep dan teori litar, jarak pemancaran dan penerimaan gelombang dapat dipanjangkan sehingga dua inci. Walaupun jaraknya agak dekat, ianya merupakan satu contoh asas yang digunakan oleh Tesla hampir seratus tahun dahulu bagaimana ujikaji beliau berjaya menghasilkan wireless power dengan menggunakan menara gegelung terbesar beliau.

Saya pernah diajukan soalan oleh seorang pelajar MRSM bagaimana untuk menghasilkan talian bekalan kuasa tanpa wayar. Kaedah yang sama saya tunjukkan tetapi untuk diaplikasikan perlu melalui banyak masa untuk R&D. Seperti imej yang tunjukkan, hanya pemasangan di atas breadboard untuk memudahkan modifikasi sebelum dibuat pemasangan sebenar.


Juara Inovasi Zon Tengah


Alhamdulillah kami menjadi juara peringkat zon tengah. Namun begitu tewas di peringkat kebangsaan. Apa pun tahniah kepada semua peserta yang terlibat. tahun hadapan boleh jadi mentor lagi, Insyaallah.

Pertandingan peringkat zon tengah berlangsung di MITC Ayer Keruh, Melaka selama dua hari. Manakala pada peringkat Kebangsaan pula berlangsung di sekitar kompleks sukan Bukit Jalil selama tiga hari yang mana perdana menteri turut hadir memeriahkan karnival inovasi tersebut.

Tahniah kepada yang berjaya dan cuba lagi kepada yang tidak berjaya. Cuba pada tahun hadapan pula.

Jumpa saya di MITC sabtu ini...

Bismillahirahmanirrahim...


Pada 12, 13 dan 14 haribulan ini saya akan berada di MITC di Ayer Keroh Melaka sempena pameran dan pertandingan inovasi. Oleh itu saya mengajak anda semua ke sana untuk memeriahkan lagi suasana dan berpeluang berjumpa saya. Saya berada di lot gerai Sekolah Kebangsaan Sri Jelok, Kajang sebagai pemantau sahaja. Pengunjung yang datang berjumpa saya di sana akan mendapat beberapa maklumat berupa pemberian percuma.

Pada masa yang sama saya akan membuat pemerhatian pada seluruh aktiviti pertandingan dan pameran tersebut. Maklumat yang diperolehi nanti digunakan sebagai rujukan pada masa akan datang untuk membuat konsep pameran dan pertandingan seumpamanya. Jadi mungkin juga akan memasuki pertandingan seumpama ini sebagai mengisi kekosongan penyertaan dan saya galakkan anda juga untuk menyertai pertandingan seumpama ini.

Dalam pada masa sekarang ini, saya masih meneruskan kerja-kerja R&D beberapa litar projek yang berkaitan dengan konsep green energy. Namun masa yang terlalu suntuk disebabkan oleh hal-hal penting yang lain membuatkan peruntuk masa di lab untuk R&D sangat terhad. Insyaallah setelah segala urusan selesai, kerja R&D diteruskan semula sementara menantik
an lab baru yang akan siap tidak lama lagi.


Insyaallah jika terhasilnya projek green energy ini dengan jayanya, idea ini akan dibawa ke MOSTI untuk tindakan selanjutnya. Namun begitu saya sangat berhati-hati dengan segala apa yang saya telah lakukan untuk menghasilkan produk dan idea ini kerana seperti yang lepas-lepas saya banyak menemui kegagalan apabila idea ini diketengahkan kepada pihak tertentu sebelum gagal untuk sampai ke MOSTI.

Insyaallah dalam masa terdekat ini akan keluar koleksi litar projek elektronik yang telah diolah sepenuhnya oleh saya dalam bahasa Malaysia. Semua ini atas permintaan ramai. Begitu juga dengan beberapa e-book lain untuk mempelajari rekacipta elektronik secara asas.

Jumpa saya di sana....

Masuk Final...

Bismillahirahmanirrahim...

Pertama sekali saya ingin ucapkan tahniah kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Jelok, Kajang kerana berjaya memasuki peringkat akhir pertandingan inovasi kreatif di MITC Melaka pada 13/14 haribulan 11. Diharap wakil pelajar sekolah terbabit dapat memberikan persembahan yang dapat memberikan hasil yang lebih baik lagi. Jika ada rezeki boleh jadi juara. Jika tidak, sudah memadai dengan memasuki pertandingan ini ke peringkat akhir. Alhamdulillah.


Saya akan berada di MITC pada hari yang sama juga sebagai pemantau dan juga pembimbing kepada wakil pelajar ini semasa pertandingan tersebut berlangsung. Jadi marilah bersama-sama beramai-ramai untuk hadir di MITC Ayer Keruh, Melaka pada hari yang dinyatakan.

Anda boleh lihat beberapa peserta yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini yang mana ianya dianjurkan oleh MOSTI dan beberapa organisasi yang begitu terkenal dalam menjayakan pertandingan ini. Ianya terbuka kepada sekolah-sekolah rendah dan menengah, organisasi dan orang awam.

Wakil pelajar dari SKSJ ini benar-benar memberi potensi yang paling menyerlah. Diharapkan mereka ini dapat memberi persembahan yang terbaik semasa pertandingan dan pameran berlangsung. Semasa saya melawat dan memantau mereka di sekolah, wakil sekolah ini sedang menyiapkan rekabentuk dan membuat persiapan kepada projek mereka. Tugas saya memberi buah fikiran dan maklumat yang penting agar mereka dapat memberi keyakinan untuk persembahan nanti.

Semoga berjaya.

SPTA versi kedua

Kali ini saya ingin memberikan versi terkini litar sistem pembasuh tangan automatik yang telah dibuat ubahsuai untuk menjadikan litar ini mudah berfungsi. Ini kerana litar versi sebelum ini banyak menimbulkan masalah kerana ada yang cuba buat tidak berfungsi atau pun tidak menjadi.


Tiada apa yang hendak saya selindungkan kerana rata-rata litar ini yang melebihi 10 unit telah dibuat dan berjaya. Alhamdulillah. Tetapi bagi memastikan ramai yang gembira, saya telah mereka semula litar yang nampak lebih mudah dan bilangan komponennya dikurangkan. Fungsinya tetap sama.

Apa pun saya masih tidak menjamin litar ini berfungsi dengan baik serta-merta kepada sesiapa yang berminat untuk membinanya sendiri. Buat masa ini sudah 3 unit litar ini terbina walaupun litar ini baru saja diubahsuai. Apa yang perlu saya tekankan di sini adalah LED Ir dan photo diode. Seperti litar versi lama sebelum ini photo diode yang tidak sesuai menyebabkan litar tidak berfungsi dengan baik atau tidak berfungsi langsung. Untuk kali ini, sebarang photo diode boleh digunakan kerana saya membuat satu bahagian yang boleh dikawal kepekaannya pada satu vr yang disediakan. Kemudian, pastikan diode photo dipasang terbalik. Anod ke negatif dan katod ke positif. Ikut pada diagram.

Satu lagi yang ingin saya pesan, sila uji litar ini di atas breadboard dahulu sebelum terus terjah ke atas pcb. Ini untuk memastikan litar berfungsi dan jika ada kesilapan boleh buat ubahsuai. Untuk sensor, satu tips mudah adalah cari LED infrared TX dan RX. Lebih baik sepasang. TX untuk LED Ir dan RX pula untuk photo diode. Pemasangan masih lagi ikut diagram.
Selamat mencuba dan jangan cepat putus asa.

IC 4017

Ramai tahu dan ada segelintir sahaja yang tidak mengetahui fungsi kegunaan IC CD4017 atau MC4017 atau 4017 sahaja. Jika ingin beli ic ini terutama di kedai elektronik seperti di Jalan Pasar Pudu, hanya sebut ic 4017 sahaja, tidak perlu sebut CD atau MC. Namun ada sesetengah kedai-kedai di kawasan yang kurang popular, perlu disebut sepenuhnya. Ada beberapa kedai (hampir semua) di Jalan Pasar Pudu jika kita meminta ic seperti MC4017, kita akan dapat ic CD4017. Jadi janganlah marah atau panic. Ianya sama sahaja melainkan anda benar-benar cerewet sangat dalam pemilihan barang.

Jika anda ingin membina litar projek LED running light, ic ini adalah komponen utamanya selain beberapa komponen lain seperti ic pemasa 555 dan komponen pasif yang lain. IC 4017 ini merupakan ic counter atau divider yang mempunyai 10 keluaran (output). Pada litar projek running light, 10 LED disambung kepada terminal output ic. Oleh itu kerlipan secara berturutan akan kelihatan. Oleh itu secara maksimum keluaran yang boleh dibuat adalah 10 sahaja. Jika ingin lebih, litar modifikasi perlu dibuat.

Bagaimana jika kita ingin kurangkan outputnya. Maksudnya seperti 6 output atau 3 output. Caranya mudah hanya dengan penyambungan wayar jumper kepada pin 15. Baiklah, untuk keluaran mempunyai 10 pin iaitu (ikut turutan keluaran) pin 3, 2, 4, 7, 10, 1, 5, 6, 9 dan 11. Oleh itu dengan mengikut susunan ini, kerlipan pada LED akan mengikut turutan yang betul. Jika inginkan enam kerlipan sahaja, maksudnya selepas kerlipan LED keenam, ia akan berganjak ke LED pertama semula? Jika dilihat pada pin ic, LED keenam pada pin 1. Selepas pin 1 adalah pin 5. Oleh itu pin 5 perlu disambungkan ke pin 15 untuk menghasilkan keluaran 6 sahaja. Begitu jugalah kepada bilangan yang lain sekiranya inginkan kurang dari 10.

Satu lagi ic yang serupa fungsinya dengan ic 4017 adalah 4022. Bezanya adalah pada output. Jika ic 4017 mempunyai 10 output, ic 4022 mempunyai 8 output sahaja.

Selain dari litar running light, banyak lagi yang boleh dibuat dengan ic ini. Ia boleh digunakan sebagai counter, pembahagi masa/level dan banyak lagi yang anda boleh cari kegunaannya mengikut kreativiti anda.

Voltan minimum untuk mengendalikan ic ini adalah 3 v dan maksimum adalah 18 v. Ia mempunyai 16 pin. Sila guna ic soket untuk pemasangan yang sempurna.