Catatan

PROKIT diperkenalkan

Satu lagi produk baru MyEnik diperkenalkan. Sila ke SINI untuk lihat produk projek kit tersebut. Ia diberikan nama PROKIT. Buat masa ini hanya 18 jenis PROKIT diperkenalkan dan ada menanti beberapa PROKIT baru yang akan dikeluarkan. Sila ke link ini untuk lihat kesemua PROKIT dan sila berikan cadangan dan pendapat mengenai kesemua produk tersebut. Penghasilkan PROKIT ini adalah dari idea anda yang tidak putus memberi pendapat dan cadangan kepada MyEnik. Buat makluman semua, PROKIT adalah projek kit elektronik yang menggunakan veroboard sahaja. Anda tahu apa itu veroboard kan? Veroboard dan stripboard sama je.  Untuk projek kit yang guna PCB, MyEnik tidak bercadang untuk menghasilkannya. Ini kerana dengan menggunakan veroboard, pada masa yang sama kita boleh mempelajari cara pemasangan projek bermula dari awal. Apabila sudah mahir menggunakan veroboard, beralih kepada PCB sudah tidak menjadi masalah lagi. Sila ke sini atau pergi terus ke web site MyEnik.

Antara EMF detector dan MtD

Imej
Jika ada masa terluang saya akan sambung ujikaji saya terhadap satu lagi litar yang berkaitan dengan frekuensi. Frekuensi yang terpilih adalah seperti elektromagnet dan frekuensi gelombang mikro. Saya membuat sedikit ujian terhadap kehadiran gelombang frekuensi telefon dan juga mikrowave yang mana lebih kuat tahap pembebasannya melalui satu alat yang saya rekakan. Alat tersebut pada mulanya menggunakan satu coil kecil yang siap dan boleh dibeli di kedai komponen. Tetapi apa pun tahap kepekaan penerimaanya tidak kuat seperti yang saya harapkan. Oleh itu saya guna coil yang lebih besar dan dibina sendiri. Kos pembinaan agak besar sedikit kerana menggunakan lilitan wayar tembaga bersalut. Tambahan pula diameter dan bilangan lilitan juga perlu dijaga dengan rapi bagi mendapatkan kesan yang dikehendaki. Jelas terbukti hasilnya sangat memuaskan kerana beberapa alat elektrik boleh dikesan melalui kaedah ini seperti mikrowave, laptop dan handphone. Namun tidak semua alatan elektrik menghasilka...

Pengujian semula

Imej
Baru-baru ini saya menghabiskan masa dengan menguji berkali-kali litar pengukur jarak dengan membuat perbandingan antara diodfoto dengan transistor foto. Pengujian dilakukan mengikut jenis-jenis sensor dan pemerhatian dibuat dengan membanding tahap sensitiviti sensor. Ternyata sekali memang ada perbezaan ketara dan setiap sensor mempunyai tahap kepekaannya tersendiri. Jadi selepas ini jika ada diagram litar yang menunjukkan penggunaan fotodiod atau sensor infrared, berhati-hati dengan sensor tersebut kerana tahap kepekaan yang berbeza. Ini terbukti setelah ujian dilakukan pada beberapa litar projek baru-baru ini dan juga beberapa tahun sebelum ini. Memang ada bezanya kerana terdapat satu litar yang sesuai dengan sensor tertentu dan tidak pada sensor lain. Jika ditukar sensornya litar tidak berfungsi dengan baik walaupun litar amplifier ditambah atau pun pelarasan kepekaan dibuat ke tahap maksimum. Namun disebalik semua proses yang dilakukan, sensor-sensor yang ada mempunyai kelemahan p...

Veroboard bukan untuk semua

Imej
Penggunaan verboard bukan untuk semua litar projek dan bukan semua sesuai litar projek boleh dipasang di atas veroboard atau stripboard. Litar projek seperti running light, siren, sensor infrared, power supply kecil dan seumpanya. Tapi litar projek seperti pemancar fm, projek radio frekuensi, metal detector, pengesan gelombang dan seumpanya tidak boleh menggunakan veroboard. Kenapa yek? Susah nak terangkan tapi ikut logik semua boleh faham. Jika dilihat pada bawah veroboard terdapat barisan laluan litar yang tersusun rapi dan rapat-rapat. Jadi jika mengikut hukum arus elektrik, setiap pengaliran arus elektrik terdapatnya kesah aruhan pengaliran. jadi gangguan pasti berlaku pada komponen-komponen elektronik. Tanpa disedari gangguan tersebut tidak terjadi pada litar projek yang tidak melibatkan penghasilan gelombang frekuensi seperti running light atau seumpamanya. Litar pemancar fm menggunakan gegelung (coil). Jika dipasang pada veroboard gangguan akan berlaku pada laluan litar. Tapi ji...

Cari kreatifiti kita

Satu sebab saya menghuraikan mengenai kreatifiti dan juga tujuan koleksi litar terdapat dalam web site myenik kerana terpanggil oleh beberapa persoalan mengenai teknik menghasilkan satu rekaan litar projek baru mengikut idea yang telah difikirkan. memang agak sukar bagi mereka yang pertama kalinya mencuba untuk menghasilkan satu rekaan litar projek sendiri. Bagitu juga pada saya, untuk permulaannya memang sukar. Tambahan pula tiada guru yang boleh mengajar rekacipta dengan terperinci sekali. malinkan saya perlu belajar sendiri, cuba sendiri, merasainya sendiri dan menghadapi kegagalan berulang kali. Jika kita litar pada beberapa senarai litar projek yang saya tunjukkan dalam web site MyEnik, hanya beberapa sahaja diagram litar yang saya tunjukkan. Walaupun saya mempunyai beratus-ratus diagram litar projek dalam sismpanan saya. Jadi kenapa hanya sedikit sahaja diagram litar projek yang ditunjukkan? Sebenarnya terdapat banyak sekali diagram litar projek boleh dicari dalam internet dan te...

Rekaan terkini setiap masa

Imej
Pada kali ini saya banyak luangkan masa untuk menjawab soalan-soalan yang banyak sangat diajukan di dalam e-mail baru MyEnik. Masa yang diperuntukkan juga terpaksa dilebihkan demi membantu rakan-rakan yang memerlukan bantuan. Namun begitu terdapat juga rakan-rakan lama yang pernah berurusan dengan MyEnik sebelum MyEnik pernah mengalami zaman kejatuhan yang sangat teruk sekali. Selepas MyEnik naik kembali dan merangka semula pengurusan buat beberapa kali ini, banyak tugasan yang diperolehi. Jadi masa juga perlu bijak dibahagikan dengan sempurna. Apa pun saya hanya mampu merancang. Penyusunan semula produk Myenik dan juga penghantaran produk yang lepas-lepas juga sedang dijalankan seperti biasa dan proses ini baru bermula hampir seminggu sehinggalah tiada outstanding lagi. Pada masa yang sama juga saya menjalankan R&D sekali lagi setelah meninggalkannya disebabkan projek-projek tertentu yang perlu dilakukan. Baru-baru ini saya menemui seorang rakan baru yang mempunyai idea rekacipta ...

Upgrade versi terbaru

Imej
Ramai yang mengetahui projek sistem pembasuh tangan automatik mengguna 3 litar projek yang sama. Litar tersebut adalah litar projek pengesan objek infrared. Litar tersebut saya rekakan khas untuk student dari... ala.. lupa pulak. Sebab dah lama dah litar tersebut dibuat dan ianya menjadi litar pilihan setiap tahun kecuali tahun lepas dan tahun ini. Sebabnya saya dah tak siarkan kepada umum. Bukan sebab tak ok tapi sebab saya sudah rekakan versi terbaru yang lebih mantap. Jika dilihat pada gambar, itu adalah prototaip sahaja, sebagai projek ujian dan R&D saya beberapa minggu. Tujuan saya upgrade projek ni sebab ianya sebahagian dari produk terbaru saya (boleh lihat di blog produkreatif) pada masa akan datang. Selain itu juga saya bercadang untuk buka peluang kepada student yang berminat untuk menyambung kembali tradisi membina litar projek ini. Ia akan jadi sistem pembasuh tangan versi 2009. Jika dilihat pada video, itu adalah sebahagian dari kerja R&D saya untuk litar ini. Jadi...