Catatan

Jumpa saya di MITC sabtu ini...

Imej
Bismillahirahmanirrahim... Pada 12, 13 dan 14 haribulan ini saya akan berada di MITC di Ayer Keroh Melaka sempena pameran dan pertandingan inovasi. Oleh itu saya mengajak anda semua ke sana untuk memeriahkan lagi suasana dan berpeluang berjumpa saya. Saya berada di lot gerai Sekolah Kebangsaan Sri Jelok, Kajang sebagai pemantau sahaja. Pengunjung yang datang berjumpa saya di sana akan mendapat beberapa maklumat berupa pemberian percuma. Pada masa yang sama saya akan membuat pemerhatian pada seluruh aktiviti pertandingan dan pameran tersebut. Maklumat yang diperolehi nanti digunakan sebagai rujukan pada masa akan datang untuk membuat konsep pameran dan pertandingan seumpamanya. Jadi mungkin juga akan memasuki pertandingan seumpama ini sebagai mengisi kekosongan penyertaan dan saya galakkan anda juga untuk menyertai pertandingan seumpama ini. Dalam pada masa sekarang ini, saya masih meneruskan kerja-kerja R&D beberapa litar projek yang berkaitan dengan konsep green energ...

Masuk Final...

Imej
Bismillahirahmanirrahim... Pertama sekali saya ingin ucapkan tahniah kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Jelok, Kajang kerana berjaya memasuki peringkat akhir pertandingan inovasi kreatif di MITC Melaka pada 13/14 haribulan 11. Diharap wakil pelajar sekolah terbabit dapat memberikan persembahan yang dapat memberikan hasil yang lebih baik lagi. Jika ada rezeki boleh jadi juara. Jika tidak, sudah memadai dengan memasuki pertandingan ini ke peringkat akhir. Alhamdulillah. Saya akan berada di MITC pada hari yang sama juga sebagai pemantau dan juga pembimbing kepada wakil pelajar ini semasa pertandingan tersebut berlangsung. Jadi marilah bersama-sama beramai-ramai untuk hadir di MITC Ayer Keruh, Melaka pada hari yang dinyatakan. Anda boleh lihat beberapa peserta yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini yang mana ianya dianjurkan oleh MOSTI dan beberapa organisasi yang begitu terkenal dalam menjayakan pertandingan ini. Ianya terbuka kepada sekolah-sekolah rendah da...

SPTA versi kedua

Imej
Kali ini saya ingin memberikan versi terkini litar sistem pembasuh tangan automatik yang telah dibuat ubahsuai untuk menjadikan litar ini mudah berfungsi. Ini kerana litar versi sebelum ini banyak menimbulkan masalah kerana ada yang cuba buat tidak berfungsi atau pun tidak menjadi. Tiada apa yang hendak saya selindungkan kerana rata-rata litar ini yang melebihi 10 unit telah dibuat dan berjaya. Alhamdulillah. Tetapi bagi memastikan ramai yang gembira, saya telah mereka semula litar yang nampak lebih mudah dan bilangan komponennya dikurangkan. Fungsinya tetap sama. Apa pun saya masih tidak menjamin litar ini berfungsi dengan baik serta-merta kepada sesiapa yang berminat untuk membinanya sendiri. Buat masa ini sudah 3 unit litar ini terbina walaupun litar ini baru saja diubahsuai. Apa yang perlu saya tekankan di sini adalah LED Ir dan photo diode. Seperti litar versi lama sebelum ini photo diode yang tidak sesuai menyebabkan litar tidak berfungsi dengan baik atau tidak berfungsi ...

IC 4017

Imej
Ramai tahu dan ada segelintir sahaja yang tidak mengetahui fungsi kegunaan IC CD4017 atau MC4017 atau 4017 sahaja. Jika ingin beli ic ini terutama di kedai elektronik seperti di Jalan Pasar Pudu, hanya sebut ic 4017 sahaja, tidak perlu sebut CD atau MC. Namun ada sesetengah kedai-kedai di kawasan yang kurang popular, perlu disebut sepenuhnya. Ada beberapa kedai (hampir semua) di Jalan Pasar Pudu jika kita meminta ic seperti MC4017, kita akan dapat ic CD4017. Jadi janganlah marah atau panic. Ianya sama sahaja melainkan anda benar-benar cerewet sangat dalam pemilihan barang. Jika anda ingin membina litar projek LED running light, ic ini adalah komponen utamanya selain beberapa komponen lain seperti ic pemasa 555 dan komponen pasif yang lain. IC 4017 ini merupakan ic counter atau divider yang mempunyai 10 keluaran (output). Pada litar projek running light, 10 LED disambung kepada terminal output ic. Oleh itu kerlipan secara berturutan akan kelihatan. Oleh itu secara maksimum keluaran...

Kuasa magnet

Kehebatan kuasa magnet belum dapat dirungkaikan lagi sehingga sekarang. Malah tenaga yang dihasilkan juga memeningkan kepala para saintis seluruh dunia. Ianya amat misteri sehingga sekarang belum ada jawapan. Pelbagai teori terhasil berkenaan dengan kehebatan kuasa magnet. Magnet kekal boleh dijana mengikut kehendak hati. Manakala magnet sementara boleh dijana sesuka hati. Kehebatan magnet boleh digunakan untuk pelbagai fungsi. Malah setiap hari kita menggunakan tenaganya untuk apa juga aplikasi. Boleh menjana tenaga elektrik dan menjana tenaga-tenaga lain yang kita ketahui dan tidak ketahui. Magnet, elektromagnet menghasilkan satu bentuk atau corak tenaga. Pada masa sama menghasilkan gelombang. Jika dikaji mendalam ia boleh menghasilkan satu daya yang sifar yang kita tidak ketahui dan sukar untuk mencapainya. Jika ianya boleh dicapai sudah tentu tahap teknologi manusia di bumi ini sudah terlalu maju. Tetapi ia boleh mengganggu tahap daya tahan badan manusia dan juga alat elektrik yang...

Free Energy bukan satu angan-angan

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setelah sekian lama menghilangkan diri sibuk dengan pelbagai tugasan, kerja dan projek luar membuatkan saya terpinggir dari blog ini. ramai yang bertanya ke mana saya menghilang. Malah ada yang tidak menghiraukan. Bagi saya tidak perlu untuk dirisaukan. Saya melalui banyak tugas dan kerja yang berkaitan dan tidak berkaitan langsung dengan kerjaya saya sekarang. Tetapi semua ini saya jadikan satu titik rujukan dan pedoman untuk masa hadapan. Sebelum ini saya dan rakan sejawat pernah memikirkan untuk menghasilkan satu produk dan idea free energy. Ianya sudah lama difikirkan dan di perbincangkan. Malah ianya diperdebatkan kerana istilah free energy membuatkan pelbagai persoalan timbul. Bagi saya ianya tiada masalah timbul sehinggakan ada yang rasa ragu-ragu dengan istilah tersebut. Baru-baru ini saya bertemu dengan seorang lain ahli pintar dalam bidang rekacipta iaitu Brader Sham Hydrogen yang mempunyai idea untuk produknya tersendiri. Namun pemikiran ...

Selamat menyambut ramadhan

Assalamualaikum. Apa khabar anda semua? Kepada yang bertanya khabaran saya, saya sihat dan agak sibuk dengan kerja-kerja yang tidak kena-mengena dengan myenik atau seumpamanya. Namun begitu saya mempunyai masa sedikit untuk menumpukan kepada myenik dan beberapa projek elektronik. Terima kasih kepada anda yang bertanya khabar dan ada juga yang bertanya ke mana saya pergi sebab sudah lama tidak update blog myenik ini. Tambahan pula laman web myenik juga sudah tiada lagi buat sementara waktu. Kemunculan saya adalah untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan. Semoga anda semua dapat mengharungi Ramadhan ini dengan hati yang gembira dan semoga Allah memberikan Rahmat dan kebaikan kepada kita. Selamat menyambut bulan Ramadhan.