Catatan

Penerangan Kursus Inovasi

Assalamualaikum. Salam ceria. Setelah lama saya begitu sibuk dengan urusan urusan kerja seperti penghasilan produk dan membuat kerja R&D produk produk baru, kini dengan ada masa sedikit saya dapat luangkan untuk membuat kursus pendek. Pendekatan ini dibuat setelah saya kini memulakan tugas di di Lab MyEnik di Taman Seribu Bunga dengan kerja dan projek baru. Bagi saya, sudah alang-alang saya di situ dan memang hasrat dari dulu lagi nak sambung semula mengajar, oleh yang demikian saya memulakan pengajaran pertama untuk tahun 2015 ini. Dahulunya saya mengajar dan memberi kursus sebelum saya berhenti seketika kerana tugasan yang lain. Kini saya cuba membahagikan masa antara kursus dan tugasan yang sedia ada menjadikan kedua-duanya berjalan dengan teratur, Insyaallah. Untuk permulaan ini, bagi sessi pengenalan pemanas badan, saya cuba memulakan kursus inovasi elektronik ini dengan kos yang murah berbanding harga asal RM150 untuk seorang peserta. Insyaallah selepas bermulanya kursu...

Jadual kursus dan silibus

Berikut adalah jadual aktiviti untuk seharian kursus. Setiap slot mengandungi teori dan amali yang akan diselang selikan atau secara serentak. Ini bagi mengelak rasa bosan dan mengantuk semasa kursus. Kursus ini tidak sama seperti di dalam kelas. Yang penting buka minda dan happy. JADUAL WAKTU Kursus 8.00am – 9.00am Pendaftaran kehadiran peserta kursus 9.00am – 10.00am Kursus bermula. Pengenalan Inovasi Elektronik (teori dan visual demo) 10.00am 10.15am Rehat. Jamuan ringan 10.15am – 1.15pm Asas tatakerja dalam pembuatan elektronik (teori dan amali)        - asas komponen yang kerap digunakan      - asas alatan kerja yang selalu dan perlu digunakan         - asas alatan elektrik dan elektronik  - keperluan penting di dalam kerja         - teknik mencari litar elektronik  - teknik menggunakan litar yang sesuai       ...

Kursus Inovasi Elektronik

Imej
Assalamualaikum. Salam ceria. Sukacita dimaklumkan kursus Inovasi Elektronik akan diadakan pada 21 dan 22 hb Mac 2015. Kursus berlangsung selama sehari sahaja. Jika anda berminat, pilih hari yang anda rasa sesuai atau masih kekosongan. Maklumat lanjut akan dinyatakan kemudian.

Bekalan kuasa positif, negatif dan ground

Imej
Secara asasnya kita sangat tahu unit bekalan kuasa mempunyai 2 terminal penyambungan iaitu positif dan negatif. Pada masa yang sama juga jika ditanyakan manakah Ground? Kita akan tunjuk kepada label negatif. Itu menjadi kebiasaan jika kita lihat pada diagram litar projek. Namun terdapat juga tiga terminat unit bekalan kuasa. Sama seperti unit di dalam talian kuasa AC atau arus ulang alik. Dalam talian arus ulang alaing (AC) terdapat tiga terminal yang kita ketahui iaitu N, L dan E. Namun yang menjadi penting adalah N dan L. Manakala E adalah sebagi talian keselamatan. Pada unit DC pula apa yang kita ketahui adalah positif dan negatif. Namun begitu unit ground boleh menjadi unit negatif. Jika tiga terminat dihasilkan ia menjadi positif, negatif dan ground. Oleh itu apakah pentingnya semua ini? Sesetengah litar elektronik menggunakan tiga terminal power ini. Ini bermakna litar elektronik tersebut menggunakan kuasa positif, kuasa negatif dan ground. Untuk menghasilkan tiga termi...

Buku + komponen beserta papan projek Koleksi Litar Projek LED

Imej
Assalamualaikum. Salam sejahtera. Salam ceria. Kali ini saya ingin menerangkan mengenai Buku dan komponen Koleksi Litar Projek LED yang telah dinaik taraf kepada versi kedua. Apa yang menarik adalah semua litar projek telah dibuat naik taraf supaya ianya lebih menarik dan lebih faham apabila ianya dibuat pemasangan di atas papan projek. Mungkin sebelum ini ianya agak susah bagi mereka yang baru pertama kali menggunakan papan projek. Termasuk juga bagi mereka yang meminati projek elekronik tetapi tidak tahu untuk menggunakan papan projek dengan betul. Selain dari menghadiri kursus elektronik yang saya anjurkan, di dalam buku ini juga ditunjukkan cara pemasangan dan cara yang betul menggunakan papan projek. Untuk permulaan memang agak sukar untuk menggunakannya, tetapi jika kita berminat, sukar macam mana sekali pun pasti kita boleh mempelajarinya dengan mudah. Sekiranya ada yang berminat untuk mendapatkan buku praktikal ini, sila klik SINI . atau klik imej buku di sebelah kanan ...

Kursus dan program menarik

Assalamualaikum dan salam ceria. sudah begitu lama sekali saya tidak update post terbaru di dalam blog myenik ini. ini atas sebab sebab tertentu kerana kesibukan dan lebih tertumpu kepada projek projek syarikat. Oleh yang demikian setelah sekian lama tibalah masanya saya kembali semula dengan membawa pelbagai program program menarik selepas ini. Apa yang saya rancangkan selepas ini adalah memperbanyakan program program yang melibatkan inovasi dan rekacipta elektronik. Ramai yang berminat di luar sana menantikan  program seperti ini dilaksanakan bagi memenuhi permintaan yang sangat menggalakkan. Insyaallah saya sudah pun bersedia memberikan yang terbaik kepada rakan rakan semua yang juga kepada ahli ahli yang berminat. Untuk permulaan ini saya akan jalankan satu kursus pendek yang berkenaan dengan program inovasi elektronik. Dengan adanya program permulaan ini ia dapat memberikan peluang kepada rakan rakan yang berminat untuk menyertaan kursus ini dengan kos yang mampu untuk d...

Salam Kembali

Imej
Assalamualaikum. Salam ceria, salam bertemu kembali. Sudah begitu lama saya tidak update post post baru di dalam blog ini. Seolah olah blog ini sudah terkubur lamanya. Seperti pemilik blog myenik ini sudah tidak wujud di dunia ini lagi. Kini saya kembali. InsyaAllah saya kembali membawa sinar harapan baru. Terlalu banyak pengalaman dan cerita-cerita yang mungkin saya akan kongsikan bersama anda semua. Anggaplah kemunculan saya kali ini memberikan impak yang lebih besar serta membawa satu suasana yang berlainan. Jika anda mengenali saya dari dekat, mungkin mengetahui saya sibuk dengan urusan penting seperti tugasan R&D saya. Manakala rakan rakan yang berjauhan pula merasakan saya sudah tiada lagi. Mungkin ini kerana saya sudah lama tidak updat blog myenik. Seolah olah myenik sudah ketandusan idea. InsyaAllah kali ini saya akan cuba sedaya upaya saya untuk lebih dekat dengan myenik dan memberikan pelbagai info untuk blog ini. Diharapkan blog elektronik myenik ini dapat member...