Sudah mula sikit-sikit

Pada masa akan datang Shahrul akan ambil alih pengurusan MyEnik melebihi 50% dari saya. Tiba masa saya akan memberi dan menyerah tugasan dan kebanyakannya adalah pengurusan MyEnik. Saya masih di MyEnik dan masih menguruskan lagi cuma tidak seperti sebelum ini. Ini kerana saya agak sibuk dengan projek-projek luaran dan memerlukan masa yang betul untuk menghadapinya.

Hampir keseluruhan MyEnik akan dirombak semula dan segalanya berlaku sedikit demi sedikit. Insyaallah selepas ini banyak perkara akan tertunai dan diharap pentadbiran baru ini akan lebih baik berbanding sebelum ini. Sebarang perkara yang terbengkalai akan ditunaikan dengan segera dan jika ada kekurangan akan diperbaiki.

Selain blog, web site juga kan diubah sedikit demi sedikit. Dan diharap segalanya akan selesai seperti yang dirancangkan.

Rombakan MyEnik

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama saya tak update blog ini dan juga web site sekali. Maaf la ye. Saya menghilangkan diri bukan sebab lari pergi mana-mana. Saya menghabiskan masa berada dalam tahanan. Tahanan apa tu? Maaf takleh bagitau. Nanti kena tahan lagi...

Apa pun saya akan buat rombakan untuk MyEnik pada web site dan juga blognya sekali. Bukan nak tutup, tapi buat perubahan. Tidak mungkin MyEnik tutup selagi saya masih ada. Kalau saya takde mungkin anak saya akan ambil alih pula.

Jadi apakah rombakan besar tu? Banyak yang akan saya buat perubahan nanti. Apa pun saya akan stop untuk menerima tempahan projek secara terbuka sebab saya sudah kena banned dengan syarikat lain. So akan datang saya hanya akan berikan informasi pada web site dan juga blog. Apa pun hasrat untuk keluarkan produk baru seperti yang dirancang sebelum ini juga mengalami rombakan besar. Hanya beberapa produk tertentu sahaja yang dibenarkan.

Untuk mereka yang belum dapat produk dari MyEnik, maaf sebab lambat kerana masalah sebelum ini. Saya akan lunaskan segera yang termampu. Terima kasih.

Banyak nak kena buat prototaip

Buat masa ini selain dari menjalankan tugasan menyiapkan beberapa projek tempahan, pada masa yang sama juga saya sudah mula sikit-sikit memikirkan persiapan untuk projek seterusnya. Pada hal asal perancangan saya perlu siapkan beberapa kerja yang tertangguh sebelum ini. Tapi saya susah nak tidur malam memikirkan projek yang akan datang ini. Untuk elak dari masalah tersebut saya mulakan sikit sikit dulu sebagai pemanas badan.

Nampak gayanya kali ini saya memerlukan pandangan dari anda semua mengenai pelbagai perkara. Semuanya berkaitan dengan pandangan aktiviti dan produk baru. Saya perlukan survey yang boleh menguatkan lagi permintaan terhadap produk tersebut. Cadangan untuk buat kelas online juga mungkin saya akan pertimbangkan dan minta pandangan dari anda juga. Jika ianya baik dan banyak baik dari keburukan, saya akan laksanakannya. Jika tidak, saya akan lupakan hasrat tersebut.
Apa pun saya perlu bantu anda juga. Bagi yang ingin bekerjasama saya terima dengan tangan terbuka. Masakan beberapa tahun sebelum ini pun ramai yang berjumpa dengan saya dengan membawa idea-idea yang tip top dan ada yang ingin bekerjasama menjayakannya. Tapi banyak juga yang separuh jalan disebabkan kesibukan masing-masing dengan kerja. Apa pun kali ini saya ada masa. Dan peluang ini baru saja saya perolehi. Harap selepas ini tiada yang mengganggu.
Mengenai prototaip projek saya seterusnya, masa sibuk belum bermula lagi. Cuma sekarang ni tengah fikirkan dana-dana yang diperlukan untuk menjayakan projek tersebut. Jika kerajaan sudah siapkan lorong untuk memohon dana, buat masa ini saya sedang membuat persiapan. Tapi kalau ada pihak yang direct pada saya, alhamdulillah, senang kerja dan tak perlu melalui orang tengah. Apa pun buat masa ni saya dapat kerjasama denga satu pihak yang memang berminat dengan rekaan saya. Tapi itu baru permulaan dan saya belum boleh selesa lagi dengan hal tersebut. Namun saya terima sebagai satu peluang.

Pada simpanan peribadi saya terdapat beratus-ratus idea yang satu pun tidak dikeluarkan lagi. Tapi ada beberapa idea yang sudah terlepas terkandung dalam e-book Koleksi Projek Akhir yang telah saya tamatkan penjualannya. Itulah produk yang paling cepat tempoh penjualannya. Selepas itu terus tutup dan tidak dijual lagi. Idea-idea tersebut adalah antara senarai menunggu untuk dikeluarkan dan dijadikan aset produk baru pada masa akan datang. Ia berlandaskan mesra pengguna dan mampu dimiliki. Harga yang sama dengan produk dari China tetapi berkualiti dan buatan tempatan.
Semua tugasan ini saya lakukan bersendirian. Walaupun partner saya masih ada, tetapi saya rehatkan dahulu sementara saya setup organisasi MyEnik menjadi kukuh lagi. Buat masa ini juga MyEnik beroperasi melalui online saja. Pada masa akan datang insyaallah mungkin menjadi lebih cabangnya. Jadi, jika ada kelemahan yang terjadi, saya terima dan perbaiki setiap masa. Sebab jatuh bangun tu sudah menjadi lumrah kehidupan.

Saya pun ada final project juga

Kalau student IPT ada final projectnya sendiri, saya pun ada juga. Tapi untuk saya punya lagi susah la berbanding projek kat IPT. Yang menilainya pun bukan calang orang. Semuanya terdiri dari golongan profesional. Apa pun semua itu lambat lagi. Sebab saya perlu banyak perkara yang mesti disiapkan sebagai persediaan. Kalau tak bersedia takut-takut tak tak jadi pula. Apa yang saya nak present kan tu? Ada la. Tapi benda tu tak la hebat mana pun cuma ianya boleh diketengahkan je. Tapi mungkin bagi orang lain mereka kata hebat.

Tak tahu la nak kata. Benda-benda ni semua sudah lama saya fikirkan dan ada juga yang lambat sehinggakan orang lain sudah dapat dulu. Tapi tak mengapa. Rezeki masing-masing. Apa yang saya ada itulah yang akan saya tunjukkan. Jika dah dapat pada orang lain, tak mengapalah. Mungkin itu idea mereka dan kebetulan pula sama dengan idea saya. Mungkin juga idea saja yang sama tapi kaedahnya pula berbeza. Pada masa kini banyak individu dan organisasi sibuk memikirkan kaedah untuk mencari sumber percuma (free energy).

Perkara yang sama juga saya dan Bro Jimi ada membincangkannya. Isu tersebut sangat menarik tapi pada asalnya saya kurang tertarik kerana terlalu ramai orang mengejar pada idea tersebut. Isu yang dibangkitkan oleh Bro Jimi membuatkan saya tertarik kerana pelbagai idea dan kaedah penyelesaian timbul. Saya bersetuju untuk membina satu sistem free energy yang sebenar-benarnya. Isu tersebut telah dibahaskan sehinggakan sumber percuma seperti solar, air dan angin bukan boleh dipanggil free energy.

Terdapat sumber lain lagi. Semuanya ini timbul setelah kajian terhadap teknologi ufo yang digunakan sehingga ke hari ini dan kita masih tidak ketahui teknologi tersebut kecuali pihak tertentu seperti di A*** 5*. Bagi saya idea tersebut sudah dibongkar tetapi menerimaan idea tersebut tidak mampu ditampung oleh kekuatan pemikiran manusia. Kita ada hadnya. Untuk melangkaui had tersebut bukan perkara mudah. Jika diketahui oleh kita, dunia akan berubah dan kemusnahan akan tercetus. Salah satu idea sistem free energy yang akan saya ketengahkan ini mungkin sudah diketahui, paling tidak pun pihak saintis.

Tidak mungkin mereka tidak terfikir idea yang lebih canggih? Mustahil. Dan banyak idea yang saya terima dari orang luar sudah agak lama dan ianya bukan sesuatu yang baru. Cuma tugas saya dan kita sekarang ini adalah untuk mengetengahkan saja dan untuk menghasil benda yang baru agak sukar terutama bagi bidang elektronik. Insyaallah saya akan usahakan ke arah itu.

MyENik kembali dari bercuti

Assalamualaikum. Salam selamat hari raya. Dan maaf zahir batin. Kini saya kembali bertugas setelah seminggu bercuti raya di kampung halaman. Alhamdulillah selamat rasanya raya tahun ni. Walaupun agak penat dan badan dah mula rasa tak berapa sihat.

Agak-agaknya macam mana raya anda? Seronok atau pun tak? Harap-harap seronok la ye. Yang dapat duit raya tu, tahniah la saya ucapkan. Yang banyak bagi duit raya tu pun doa saya semoga anda akan memperolehi keberkatan hidup dan memperolehi rezeki yang melimpah ruah. Amin.

Raya tahun ni saya agak sibuk dengan pelbagai persiapan raya. Maklumlah banyak kampung nak kena balik. Itu pun masih ada lagi tempat yang belum sampai. Insyaallah kalau ada masa akan sampai lah juga. Perancangan saya cuti raya ni nak buat beberapa kerja dan persiapan untuk MyEnik. Selain dari kain baju dibawa balik ke kampung, tidak ketinggal juga beberapa peralatan dan barang kerja MyEnik. Rancangan saya sebenarnya nak menyiapkan beberapa kerja yang banyak tidak selesai lagi. Disamping persiapan beberapa produk baru MyEnik.

Tapi saya hanya mampu merancang. Hanya Tuhan juga yang menentukannya. Saya tidak mampu untuk membuat kerja-kerja tersebut dan hanya sedikit saja kerja yang mampu saya lakukan. Kerana penat membuat banyak kerja persiapan raya di siang hari, pada malam badan terasa penat dan membuatkan terpaksa tidur awal. Apabila raya tiba, pada malam hari juga masih terasa penat kerana sibuk beraya dan sibuk menyambut tetamu datang beraya. Selesai saja, badan rasa penat dan terus tidur. Jadi perancangan untuk membuat kerja di malam hari sudah banyak terlepas.

Sekiranya badan terasa penat dan mengantuk, saya tiada fokus untuk membuat kerja. Jika dipaksa juga, mungkin banyak kesilapan yang akan berlaku dan menjadikan kerja tidak berkualiti dan mungkin tidak sempurna. Jadi, kesempatan cuti seminggu ini saya gunakan sebaik-baiknya cuti yang diberikan dengan hal-hal bersama keluarga tanpa keluarga menyedari sebenarnya saya mempunyai beberapa kerja lain juga.

Setelah habis bercuti ini, saya memulakan semula tugasan di MyEnik setelah seminggu bercuti dan putus hubungan dengan MyEnik. Insyaallah dengan mulanya tugas hari baru ini pada bulan syawal ini, saya akan cuba selesaikan beberapa kerja dan tugasan yang banyak bertangguh. Sebab kini sekali lagi, saya kembali sepenuh masa di MyEnik setelah beberapa minggu sebelum ini saya sibuk dengan kerja luar sehingga mengganggu pentadbiran MyEnik.

Kepada mereka yang masih menunggu sesuatu, tidak kiralah apa pun seperti projek, produk, buku, komponen dan tempahan, saya akan cuba selesaikan pada minggu ini juga. Terima kasih kerana masih bersabar dan memberi sokongan. Maklumlah... saya sorang je sekarang ni. Lepas ni baru ada pekerja yang akan membantu. Perjalanan MyEnik ni pula ada masa turun dan ada masa naik. Tapi apa pun saya akan cuba menaikkan MyEnik ke tahap paling tinggi. Jika anda tidak memberi sokongan, tidak mungkin MyEnik akan bertahan sehingga ke hari ini. Terima kasih banyak-banyak kepada anda semua.

Selama hari raya. Maaf zahir dan batin. Sesiapa yang tahu rumah saya, jemput la datang beraya ke rumah.

MyEnik ada produk baru

Hai. Apa khabar? Sihat? Saya separuh sihat dan separuh tak sihat. Sebabnya saya batuk dan baru lepas demam yang tak berapa serius. Minggu ni banyak aktiviti dan MyEnik kini ada produk baru. Banyak juga tapi tak diwarwarkan dalam web site MyEnik sendiri.

Beberapa produk tersebut akan menembusi pasaran dunia nyata. Bukan di internet buat masa ini. Saya sebelum ini sibuk dengan mereka cipta beberapa barangan elektronik yang boleh dipasarkan di dalam Malaysia. Sambutan agak baik dan Insayaallah Produk MyEnik akan berada di pasaran dan mempunyai one stop center sendiri. Tempatnya di mana? Itu saya belum boleh bagitau lagi, baru dalam perbincangan dengan beberapa pihak.

Jadi pada masa akan datang, anda ada pilihan untuk membeli produk MyEnik melalui internet atau pun pergi terus ke kedai tersenarai menjual barangan MyEnik. Barangannya ada pelbagai tetapi saya lebih mementingkan kepada produk pembelajaran dan untuk hobi. Tempahan projek juga akan dibuat. Tetapi untuk projek tertentu sahaja.

Semua itu masih dalam perbincangan dan mesyuarat. Nampak gayanya macam ada harapan berjaya. Tapi saya tidaklah mengharap 100%. Kalau ada rezeki adalah, jika tidak saya usahalah yang lain. Apa pun pada bulan Ramadhan ini rezeki tu boleh nampak la. Syukur Alhamdulillah.

Pada masa yang sama juga, saya dengan team MyEnik sedang membincangkan untuk menghantar proposal dan akan membuat presentation untuk rekaan terbaru MyEnik di Kementerian berkaitan. Jika ada rezeki, projek ini berjaya, rekaan terbaru MyEnik akan diperkenalkan kepada umum. Itu pun kalau lepas. Kalau tak lepas, saya cadangkan untuk MyEnik sendiri bangunkan rekaan tersebut dengan kewangan sendiri dan mungkin minta sponsor dari syarikat besar seperti Mitsubishi ke, Motorola ke, TNB ke dan sebagainya ke.

Oklah. Rasanya itu saje yang saya ada idea nak blogging ni. Insyaallah kalau ada idea saya akan update lagi. Jika tidak terlambat, saya di sini mewakili semua krew MyEnik ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin kepada semua peminat, pelanggan dan student myenik. Jika ada salah dan silap harap dimaafkan dan dihalalkan. Maklumlah macam-macam yang dah berlaku. Ada yang ok dan ada yang tak ok. Ada barang yang ditempah tak sampai sampai, ada yang lambat sampai, ada yang cepat sangat pulak yang sampai, ada yang berpuas hati dan ada juga yang tidak berpuas hati. Semua itu saya terima dengan redha. Sekiranya ada kekurangan dan kelemahan, Insyaallah saya akan perbaiki pada masa akan datang. Terima kasih.

Selamat berpuasa dan selamat hari raya aidilfitri

Tak terlambat jika saya ucapkan selamat berpuasa kepada rakan-rakan muslim dan juga selamat hari raya jika tidak terlalu awal. Bulan puasa ni pada julanya redup dan hujan. Selepas beberapa hari berpuasa, panas pun mula memuncak setiap hari. Dengan keadaan tersebut, segala-galanya cepat kering termasuk juga dengan tubuh badan kita. Tekak kering, bibir kering dan segala-galanya kering. Harap poket tak kering.

Sempena puasa ni dan hampir nak raya ni, saya bercadang untuk membuat satu tawaran. Pakej e-book Koleksi Projek Akhir menawarkan harga RM30 sekali lagi dan selepas itu tawaran akan tamat dan penjual e-book tersebut akan tamat juga.

Tarikh tamat tawaran dan penjual adalah pada 27 haribulan ini. Harap anda boleh rebut peluang ini. Selepas itu saya tidak lagi menjual e-book tersebut. Mungkin akan muncul e-book lain pula. Tapi tidak tahu pula e-book apa.

Promosi dah tamat

Sekarang ini promosi yang diwarwarkan sebelum ini telah tamat. Jadi tiada lagi promosi e-book tersebut. Namun begitu ramai yang telah bertanya kepada saya melalui e-mail supaya promosi tersebut sambung lagi kerana ramai yang baru kethui mengenai promosi tersebut.

Insyaallah saya akan cuba pertimbangkan. Dan jika promosi disambung, kemungkinan selepas promosi tersebut, ebook tersebut tidak akan dijual lagi. Ini kerana saya tidak mahu e-book tersebut akan menjadi e-book sampah kerana terlalu banyak dan mudah dipasarkan.

Saya sangat risau dengan idea yang saya sendiri keluarkan. Namu begitu, kesemua ebook tersebut diberikan peringkat demi peringkat atas tujuan tertentu. Kepada mereka yang sudah membeli, terima kasih saya ucapkan. Kepada mereka yang sudah membeli dan belum dapat keseluruhan e-book, saya ucapkan harap bersabar. Ada sebab saya buat begitu dan anda akan tahu sebabnya pada e-mail pemberian e-book yang terakhir sekali.

p/s: saya sangat suka timbulkan suasana huru hara atas sebab inginkan lonjakan maksimum...

e-book Koleksi Projek Akhir

e-book kompilasi koleksi projek akhir akan dilancarkan. Namun e-book ini akan dijual untuk masa terhad sahaja. Selepas itu kemungkinan harga dinaikan atau penjualan e-book koleksi ini ditamatkan.

e-book ini mengandungi beberapa koleksi projek akhir yang myenik kumpulkan dari tahun-tahun yang lepas hingga ke baru-baru ini. Namun hanya beberapa koleksi yang ditunjukkan setelah dibuat penilaian setiap satu projek.

Sesuai untuk anda yang memang nak cari idea untuk buat projek. Tidak kisahlah untuk buat projek apa pun asalkan ianya boleh menghasilkan idea-idea bernas untuk menghasilkan projek yang lebih bermutu. Bukan itu saja, dengan pembelian koleksi ini, pembeli akan menerima update e-book tersebut sehingga akhir tahun ini. Maknanya jika terdapat penambahan koleksi projek, myenik akan berikan secara percuma melalui e-mail pembeli.

Harga yang ditawarkan juga adalah terhad iaitu RM30 untuk bulan Ramadhan ini. Selepas itu harga akan kembali seperti asal iaitu RM60. Perkembangan untuk e-book koleksi projek akhir ini akan sentiasa dikemas kini dan akan muncul e-book koleksi projek akhir II pula. Ianya akan diberikan percuma. Semua ini berlaku sehingga akhir tahun ini.

Jadi ambil peluang ini sebelum terlepas peluang. Dengan Koleksi Projek Akhir I ini, anda akan dapat Koleksi Projek Akhir II selepas pelancarannya nanti. Koleksi Projek Akhir II merupakan koleksi eksklusif dari myenik yang mengandungi beberapa idea projek yang belum pernah orang lain buat. Ianya idea ori dari myenik sendiri. Rebut peluang ini secepat mungkin. Selepas artikel ini disiarkan, e-book koleksi projek akhir tersebut akan dilancarkan pada bila-bila masa.


Satu lagi kami di myenik akan menawarkan hadiah percuma kepada pembeli yang 30, 60 dan 90 dengan memberikan satu unit multimeter baru PERCUMA. Kos penghantaran juga ditanggung sekali. Jadilah kali pertama myenik menawakan ganjaran seperti ini. Paling tidak pun kami boleh menghargai sumbangan dari pelanggan kami juga. Yang penting sekali perhubungan dua hala juga akan berkekalan baik hendaknya.

Semua borang di myenik adalah masalah.

Hai semua. Untuk kali ini saya nak bagitau bahawa semua borang yang terdapat dalam myenik mengalami masalah. Harap semua memberi perhatian ya. Ini kerana saya menerima banyak sekali borang-borang seperti borang tempahan, borang pertanyaan dan borang pengesahan bayaran. Itu bukan menjadi satu masalah. Masalah sebenarnya adalah semua borang tersebut kosong. Tiada sebarang maklumat yang diisi.

Pada mulanya saya buat tak kisah saja dengan perkara ini sebab ianya biasa terjadi dalam sekali sekala. Tapi setelah saya terfikir bahawa semua borang tersebut dilengkapi dengan script yang boleh lindungi dari orang yang main-main hantar, barulah saya sedar bahawa semua borang tersebut ada masalah.

Sebenarnya sudah banyak kali saya menukar dan edit borang di dalam myenik. Tetapi masalah yang sama juga berlaku. Baru-baru ini myenik kena hacked. Huru-har myenik jadinya. Tapi lepas tu ok bali setelah En. Suhaimi dari SempoiHosting.com dapat atasinya dengan begitu cekap. Jadi sekarang bila dah jadi macam ini, semua borang tidak boleh digunakan. Melainkan dengan satu cara sahaja.

Buat masa ini kepada anda semua yang pernah menggunakan borang di myenik untuk pertanyaan, tempahan dan pengesahan bayaran, sila email kepada mailmyenik@yahoo.com.my semula. Mungkin kepada yang pernah menunggu jawapan dari saya begitu lama, tidak jawab-jawab sampai sekarang, maaf saya pinta. Borang yang saya terima kosong. Tidak boleh nak buat apa-apa. Harap anda semua dapat memberi kerja sama kepada saya.

Terima kasih banyak-banyak.

Gunanya diod dan transformer

Di sini saya ingin huraikan serba sedikit mengenai diod dan kegunaannya. Seperti yang kita tahu diod fungsinya sebagai penerus voltan. Diod hanya membenarkan arus terus melaluinya. Maknanya ia boleh menukar arus ulang alik (ac) kepada arus terus (dc). Kalau kita tengok pada gelombang arus ulang alik (ac) adalah berbentuk sinus (macam gelombang turun naik). Kalau arus terus pula ianya satu garisan lurus.

Fungsi diod boleh menghasilkan gelombang garisan lurus ini, tetapi ada pelbagai peringkat. Jika guna satu diod sahaja sebagai penerus, ia belum boleh menghasilkan gelombang garisan lurus. Hanya satu bahagian sahaja (sama ada atas atau bawah) yang terhasil garisan lurus (kalau lihat pada osiloskop). Sebahagian lagi masih gelombang sinus. Untuk itu, penggunaan diod kedua diperlukan untuk menghasilkan satu garisan lurus atau mendapatkan arus voltan terus (dc) yang sebenarnya. Atau kalau nak lagi bagus, guna empat diod yang dikenali penerus jenis tetimbang. Pada keadaan ini voltan adalah benar-benar dc.

Pada asasnya ia menjadi voltan dc, tetapi sebenarnya ia masih tidak begitu tulen sehingga penambahan komponen lain seperti beberapa kapasitor. Apa pun pada asasnya saya terangkan fungsi sebenar diod. Diod yang sesuai digunakan sebagai penerus adalah diod kuasa seperti 1N4001, 1N4002, 1N4007 dan sebagainya.

Jadi apakah fungsi transformer? Apakah kaitan transformer dengan diod? Jika ada transformer, mesti ada diod (tapi tidak semua keadaan). Jika transformer digunakan untuk menghidupkan sesuatu litar projek, diod perlu digunakan untuk menghasilkan voltan dc. Manakala transformer gunanya untuk menurunkan voltan 240VAC kepada mungkin 12VAC atau 9VAC. Tengok pada trasformer yang digunakan. Transformer dikenali juga sebagai pengubah.

Bolehkah transformer yang menurunkan voltan kepada 15VAC menghidupkan litar projek yang hanya boleh menerima voltan tidak melebihi 12VDC? Jawapan boleh, dengan syarat perlu melalui peringkat pengatur voltan. Voltan 15VAC akan ditetapkan kepada 12VDC atau 10VDC. Bagaimana jika keadaan ini tidak diikuti? Biasalah... litar projek mungkin akan rosak.

Kerana itu perlunya unit bekalan kuasa (ubk) untuk menghidupkan litar projek dengan selamat. Diod adalah komponen penting bagi menghasilkan voltan dc tetapi ikut kaedah tertentu. Jangan samakan diod isyarat dengan diod kuasa walaupun fungsinya juga sama, tetapi diod isyarat mempunyai kendalian arus maksimum yang sangat rendah berbanding diod kuasa. Bagaimana pula dengan LED? LED juga diod. LED tidak sesuai dijadikan sebagai litar komponen litar penerus. Walaupun begitu LED akan menyala walaupun pada voltan ac (tapi voltannya jangan lebih dari 3 volt).

Aktiviti mencabar dan tercabar

Agak lama saya tidak update blog myenik setelah sekian lama saya sibuk dengan pelbagai urusan yang melibatkan projek myenik dan projek peribadi. Saya tidak lah banyak buat projek luar. Cuma banyak tertumpu kepada projek myenik saja. Pada waktu sekarang ini ramai rakan-rakan saya tergolong dari kalangan student inginkan khidmat nasihat untuk membuat projek. Itu sudah menjadi aktiviti setiap tahun. Bermula dari tubuhnya MyEnik ini, dari situlah ramai yang meminta khidmat nasihat untuk pelbagai masalah dan pandangan berkaitan dengan projek elektronik. Semua ini terjadi tanpa dirancang. Apa pun saya terpaksa memasukkan agenda tersebut sabagai salah satu aktiviti myenik.

Akibat sibuk dengan projek student, banyak urusan projek saya tergendala. Banyak juga projek dalam senarai saya. Itu tidak dicampur dengan myenik. Jika dicampur adukkan takut-takut saya tidak mampu untuk menguruskannya. Untuk permulaan ini agak kelam kabut sedikit kerana jadual yang fleksibel tanpa diduga.

Pernah juga ada beberapa rakan saya yang selalu kunjungi myenik bertanyakan soalan kepada saya. Mereka ingin lihat hasil rekaan atau rekacipta saya yang pernah saya buat. Mereka mahukan tengok hasil dari saya. Pada mula-mula myenik beroperasi, saya banyak menunjukkan hasil ciptaan saya di dalam web site myenik. Tetapi itu tidak lama kerana atas nasihat pihak tertentu saya dinasihatkan supaya tidak tunjukkannya kepada umum. Jadi ramai yang tidak sempat untuk melihatnya.

Apabila difikirkan ianya memang benar. Baru-baru ini saya pernah ke TPM (technology park malaysia) di Bukit Jalil untuk melihat peluang saya mengetengahkan rekaan rekacipta saya. Namun urusannya tergendala kerana banyak faktor. Saya hanya dapat mengetahui maklumat mengenai perkara tertentu sahaja. Sebab saya berjanji akan datang semula setelah saya bersedia.

Mengenai hasil rekaan, saya banyak melihat idea-idea dari student serata Malaysia mempunyai kualiti yang bagus. Tapi tidak semua. Namun begitu, hasil idea mereka ini boleh dijadikan harta interlek yang sangat berharga. Jadi terpulang kepada masing-masing untuk menguruskannya. Apabila kita sebut pasal rekacipta banyak yang memikirkan rekaan yang unik seperti robot dan seumpamanya. Bagi saya terpulang kepada pemikiran masing-masing. Saya banyak membuat pemerhatian mengenai idea-idea rekacipta ini. Paling rajin sekali kalau tengok tv rancangan yang berkaitan dengan idea-idea seperti new inventor, american inventor dan seumpamanya. Saya memikirkan bilakah lagi kita akan buat rancangan seperti itu di Malaysia? Kalau boleh memang saya nak buat rancangan seperti tu. Harap-harap adalah mana-mana pihak yang boleh buat rancangan seperti tu.

Pada masa sekarang ini pun sudah banyak alat yang direka untuk menjimatkan minyak kenderaan. Ada jenis alat mekanikal ada pula jenis elektronik. Untuk alat elektronik saya akan rekakan. Selain itu jika kawan-kawan ingin tahu, pada masa ini saya sedang membuat penyelidikan sendiri dan berusaha untuk menghasilkan satu alat penjana elektrik secara percuma. Insyaallah dalam tahun ini saya akan siapkan juga. Alat tu ada beberapa versi mengikut sumber pemindahan tenaga.

Kepada rakan-rakan yang suka dengan rekacipta, teruskan usaha. Apa pun tujuannya, buat yang terbaik.

MyEnik Berwajah Baru

Dah lama sangat saya tak update blog myenik ini. Ini gara-gara saya terlalu sibuk dengan banyak perkara dicampur dengan keadaan kesihatan yang tidak menentu. Bila dah ada peluang ini barulah dapat saya update blog ini. Itu pun masih terkejar-kejar. Masa tu terlalu singkat rasanya.

Pada kali ini saya baru saja membuat pembaharuan pada web site myenik. Jadi bolehlah lawat sekarang. Ingat alamat web myenik? www.myenik.com. Tapi masih ada lagi yang belum dibereskan seperti beberapa ruangan penting yang masih dalam pembinaan.

Sepatutnya saya perlu siapkan semua sekali dan baru boleh upload ke dalam internet. Tapi sebab rasa tak sabar, tu yang upload juga. Saya tinggalkan beberapa ruangan yang masih dalam pembinaan lagi. Barulah ada supprise sikit.

Buat masa ni ramai pula pelanggan yang minta bantuan dan khidmat nasihat untuk membuat projek elektronik. Pada masa yang sama juga saya sedang bertungkus lumus untuk siapkan beberapa projek kit. Tapi biasalah... sebelum boleh dijual, semua projek kit tersebut perlu melalui proses pengujian.

Insyaallah selepas ini beberapa ruangan dalam web site akan saya bereskan dan jangan lupa untuk layari web site myenik kerana terdapat satu ruangan untuk belajar elektronik untuk peringkat asas. Terdapat juga ruangan untuk peminat rekacipta litar projek elektronik.

Selamat berlayar.

Tawaran e-book sudah pun tamat

Kini tawaran e-book MyEnik sudah pun tamat dan dua-dua pakej e-book tersebut sudah tiada lagi. Kini hanya menunggu masanya untuk produk terbaru akan muncul. Nak tahu apa dia? Tunggu la ye.

Jika tak nak tunggu pun boleh juga. Tapi untuk yang suka menunggu, inilah masanya kerana produk terbaru ini akan dijual dengan harga yang istimewa. Untuk jangka masa tertentu sahaja, tawaran harga tersebut akan tamat dan harganya akan naik. Biasalah semua ini untuk tujuan promosi produk baru.

Peluang tawaran tamat makin hampir

Tawaran produk e-book semakin hampir tamat. Selepas ini tiada lagi e-book tersebut dijual. E-book tersebut akan diganti dengan produk lain seperti buku litar lain yang terbaru.

Produk terbaru yang akan keluar nanti akan ditawarkan dengan harga pengenalan dahulu disamping ada diskaun lagi kepada anda yang telah membeli e-book tawaran ini. Untuk anda yang pernah membeli e-book ini sebelum tawaran juga akan mendapat diskaun, asalkan anda masih menggunakan e-mail semasa membeli e-book dahulu.

Tawaran ini menyebabkan ramai yang ambil peluang. Tidak sangka sambutan amat menggalakkan. Kemungkinan juga saya akan keluarkan juga produk projek kit buat saya sendiri. Tak tiru mana-mana projek kit di pasaran. Original punya. Jika mendapat sambutan memberangsangkan, saya akan tambah jenis-jenis projek kit terutama projek kit yang tiada di pasaran.

Jika dibenarkan (selepas perbincangan dengan partner) myenik akan offer program affiliate untuk semua produk MyEnik. Anda akan mendapat komisyen jika berjaya menjual mana-mana produk yang terdapat di MyEnik. Semua ini dalam perbincangan.

Kepada anda semua, terima kasih kerana memberi sokongan dan kerjasama yang baik kepada saya dan team myenik.

Tawaran untuk produk MyEnik

Sekarang ni saya buka tawaran untuk dua pakej e-book dengan harga yang jatuh menjunam. Sebabnya kedua-dua pakej ini akan ditamatkan penjualannya kerana digantikan dengan produk baru iaitu buku litar dan koleksi litar projek dalam bentuk buku.


Selepas ini hanya satu e-book sahaja akan dijual iaitu e-book koleksi litar projek yang baru. Jangka masa yang diberikan adalah 20 hari dari tarikh yang telah saya tetapkan. Selepas itu kedua-pakej ebook akan diganti dengan produk baru.

Jadi apa lagi? Rebut peluang ini sebab sejak dari tawaran ini dibuka, terlalu ramai yang mengambil peluang ini. Walau pun begitu kedua-dua pakej tersebut tidak disertakan dengan bonus e-book percuma kerana kesemua e-book bonus tersebut boleh diperolehi di web site myenik. Masuk web site myenik dan klik pada e-book litar percuma.



Agaknya apa tujuan saya buat semua ini? Sebabnya kerana MyEnik telah menyambut ulang tahun yang ke 4nya bulan ini. Dengan umur yang meningkat naik ini, banyak perubahan yang akan dibuat. Pada masa yang sama juga saya telah mengambil keputusan untuk menguruskan myenik sepenuh masa.
Jadi rebut peluang ini kerana setiap pembelian tawaran ini saya akan simpan resit pembelian anda untuk digunakan kupon diskaun untuk produk baru akan datang ini. Maknanya untuk pembukaan produk baru, saya akan beri diskaun istimewa untuk pelanggan yang telah membeli tawaran ini.
Bagaimana untuk mereka yang dah beli kedua-dua pakej sebelum ini? Hak mereka juga sama yang saya janjikan.

Sudah lama bercuti

Saya sudah lama bercuti kerana hal peribadi dan kini saya kembali semula setelah lama tidak online. Apa pun pada waktu bercuti saya ada membuat sedikit persediaan untuk pelancaran beberapa produk baru nanti.

Sepanjang tempoh bercuti itu saya banyak menerima panggilan dan e-mail berhubung dengan MyEnik. Namun begitu saya tidak dapat melayani kesemua kehendak pelanggan MyEnik dan saya berjanji akan melaksanakannya pada hari yang lain pula.

Pada masa akan datang ini myenik akan ditambah informasi baru dan labih banyak lagi akan dimasukkan. Ini bertujuan untuk peminat elektronik di Malaysia ini mempelajari rekacipta elektronik dengan lebih mudah lagi.

Terima kasih kepada anda yang tidak putus-putus memberi sokongan dan sumbangan bagi memajukan MyEnik untuk masyarakat Malaysia umumnya. Terima tidak terhingga.

Litar Sensor Keluar Masuk

Jangan fikir litar projek ini tidak memberikan apa-apa makna. Jangan bulat-bulat terima litar ini untuk dibuat projek satu fungsi saje. Cuba fikirkan kaedah yang lain untuk litar ini. Agak susah untuk saya nyatakan direct to the point. Sebab agak tulus jika saya ceritakan semuanya. Anda fikirkan sendiri dan cuba rasa susah sikit untuk memikirkannya.


Fungsi litar ini adalah mengesan aktiviti keluar dan masuk dengan sistem pengiraan automatik pada IC 40193. Target atau output litar ini adalah relay yang merupakan peranti yang sesuai. Selain relay anda boleh guna komponen lain seperti SCR, Triac atau Diac. Ikut kesesuaian. Namun relay menjadi pilihan mudah.

Sensor utama litar ini adalah LDR. Terdapat 2 LDR iaitu LDR1 dan LDR2. Sistem pengesan adalah bergantung kepada kedua-dua LDR ini. Ia mengesan mengikut turutan. Sama ada LDR1 atau LDR2 yang kesan dahulu dikuti dengan LDR berikutnya, memberikan keadaan keluar atau masuk. Sebagai contoh logik bagi litar ini seperti yang saya tunjukkan ini.
Katakan LDR1/LDR2 saya namakan label kepada 0/0 pada keadaan bersedia. Dan jika ada nombor 1 bermakna terdapat aktiviti mengesan. Sila lihat turutan ini:

0/0 – 1/0 – 1/1 – 0/1 – 0/0

Nilai 0 adalah bermaksud LDR tidak mengesan dan 1 bermaksud LDR sedang mengesan. Keadaan di atas adalah untuk keadaan sensor masuk. Anggapkan keadaan masuk adalah dari kiri ke kanan. Dan keluar pula dari kanan ke kiri. Oleh itu turutan untuk keluar adalah sama seperti di atas. Hanya ubah pandangan dari kanan ke kiri.

Secara penerangan panjangnya seperti ini: pada keadan bersedia LDR1 dan LDR2 adalah 0/0. Jika terdapat objek masuk ia akan melalui LDR1 dahulu dan menjadi 1 manakala LDR2 adalah 0 kerana objek belum melaluinya lagi. Kemudian objek melalui LDR2 dan menjadi 1. Pada masa ini LDR1 dan LDR2 sama sama mengesan dan menjadi 1/1. Objek seterusnya bergerak meninggalkan LDR1 menjadi 0 dan LDR2 masih mengsan objek menjadi 1. Seterusnya objek meninggalkan LDR2 manjadi 0. Keputusannya 0/0.

Pada keseluruhan proses tadi menjadikan satu keputusan dan IC membuat keputusan bahawa terdapat 1 objek telah masuk. Keputusan tersebut disimpan. Ia akan mengira sebanyak mana objek keluar dan masuk. Objek yang berjaya dikesan akan menghidupkan relay. Jika semua objek yang masuk habis keluar, relay akan off.

Litar ini unik dan anda boleh fikirkan kegunaannya. Jangan asyik fikirkan untuk kegunaan rumah saje. Banyak benda lain boleh buat.

Upgrade Litar SPTA

Antara beberapa litar projek yang mendapat sambutan paling tinggi adalah Sistem Pembasuh tangan Automatik. Bilangan mereka yang memesan litar projek ini paling ramai berbanding dengan beberapa litar projek lain. Mungkin kerana fungsinya yang sangat unik. Tetapi apa pun jangan terlalu gembira dengan litar projek tersebut kerana ianya adalah idea lama. Ianya adalah rekaan saya yang mengalami pelbagai tahap ujikaji secara berperingkat peringkat.

Pada kali ini saya akan mewarwarkan litar projek tersebut telah dikemaskini dengan susunan komponen litar dan juga nilai komponen yang ditukar kepada nilai yang lebih bagus. Lebih bagus di sini bermaksud bahawa setelah menjalani beberapa ujian terhadap litar lama ia mengalami banyak masalah yang sama. Iaitu transistor yang senang rosak.


Pada asalnya saya meletakkan nilai transistor C945 dan kemudian ditukar kepada 9013. Kedua-dua transistor tersebut mengalami masalah ketika dipasang. C945 mempunyai susunan kaki yang berbeza dengan transistor lain. Rumitnya kerana kaki Base berada di sisi dan bukan berada di tengah seperti transistor lain. Transistor 9013 kaki Base berada di tengah tetapi ia cepat rosak dan tidak sesuai untuk kegunaan relay driver.

Masalah tersebut saya atasi dengan menukarkan kepada transistor BC547. Transistor ini tahan lasak setelah saya ujinya beberapa kali dengan dengan memasang dan menanggal dari PCB berulang kali. Malah jika diod yang disambung padanya jika terbalik pun ianya masih boleh bertahan dan tidak rosak. Bukan seperti 9013 yang cepat rosak.

Pada litar SPTA ini saya buangkan IC 7809. Asalnya saya pasang IC ini untuk membahagikan voltan kepada dua litar yang digabungkan ini. Kemudian terdapat masalah dari segi kegunaan bateri 9 volt. Litar projek ini tidak boleh berfungsi dengan voltan bateri yang kurang ssedikit dari 9 volt. Arus yang banyak hilang dari IC ini menyebabkan relay nak tak nak hidup. Setelah dicabut, relay boleh berfungsi dengan baik pada voltan bateri.

Kemudian saya membuat penambahan pada VR 100K pada litar pemasa. Sebelum ini saya hanya tetapkan nilai komponen yang tetap. Bermakna keputusan pemasa adalah tetap dan tidak boleh ubah melainkan tukar nilai komponen pemasa seperti nilai rintangan dan nilai kapasitan. Untuk itu saya ubah nilai kapasitor kepada 10 mikro Farad dan tukarkan nilai perintang tetap kepada 10K. Sesiri dengan 10K adalah VR 100K. Tujuannya adalah untuk melaraskan pemasa yang diingini. Masalah sebelum ini adalah relay akan sentiasa bunyi klik jika objek dikesan berterusan. Sela masa perlu ada bagi memenuhi masa apabila relay on untuk menghidupka alatan lain terutama motor pam air.

Ramai yang memberi komen kerana litar ini tidak berfungsi apabila dibuat. Sehinggakan orang kedai elektronik di jln Pasar Pudu pun akui litar ini tidak berfungsi apabila mereka buat. Tiada apa yang boleh saya katakan melainkan memberi senyuman 1000 makna saje.

Litar sensor keluar masuk

Seperti juga litar projek sistem pembasuh tangan automatik atau pun litar pengesan infrared, litar projek yang saya terangkan ini juga sukar untuk berfungsi dengan betul. Seperti yang pernah saya terangkan dahulu, kesilapan utama adalah penggunaan komponen yang tidak mengikut kehendak diagram litar.

Selain itu juga pelarasan (setting) litar yang telah siap juga perlu diutamakan. Pelarasan ini termasuklah kepada calibration kefungsian litar dan juga beberapa faktor luaran perlu diambil kira juga.

Litar yang saya maksudkan adalah litar projek sensor keluar masuk. Terdapat dua versi litar ini. Versi pertama jumlah komponennya banyak dan saya kuatiri peratusan projek gagal adalah tinggi. Versi kedua jumlah komponen sedikit tetapi fungsi litar lebih bagus dari versi pertama.


Namun begitu, kali pertama saya bina litar ini banyak kali mengundang kedukaan. Bagi saya itu bermakna projek saya gagal. Tapi kegagalan tersebut memerlukan sebab. Jadi saya cari sebab mengapa gagal. Akhirnya baru tahu ia berpunca kerana setting yang kurang tepat. Kepada anda yang mengalami masalah sama seperti saya, cuba berulang kali periksa kesilapan yag mungkin akan berlaku tanpa disedari.

SPTA

Kali ini saya ingin membuat penerangan mengenai litar sistem pembasuh tangan automatik. Litar ini sudah berusia 3 tahun dari mula saya reka. Pada mulanya saya design secara teori je. Kemudian saya buat ujian terhadap litar tersebut. Hasilnya ok.

Selepas itu ramai yang minta litar ini dan mencubanya. Dan ramai juga yang gagal berfungsi. Tetapi ada yang berjaya. Apakah faktor yang menyebabkan ia tidak berfungsi. Antaranya adalah sensor yang digunakan dan juga setting litar yang tidak betul.

Buktinya, jika anda pernah buat litar ini tidak menjadi, anda boleh bawa jumpa saya. Insyaallah saya akan tunjukkan bahagian mana yang tidak betul.

Litar peka bunyi

Atas permintaan. Saya sertakan satu litar pengesan bunyi. Maksudnya litar peka bunyi. Litar ini boleh beroperasi dengan hanya tepuk tangan atau ketip jari dengan kuat.



Terdapat banyak litar seperti ini. Ianya mempunyai fungsi yang sama dan juga hampir sama. Medium utama litar ini adalah mikrofon kecil jenis pemuat. Mikrofon ini berkutub positif dan negatif. Jika sambungan polariti ini terbalik, boleh menyebabkan litar tidak berfungsi dengan baik.


Satu cerita masa zaman sekolah dulu, saya pernah buat litar ini dan menyambungkan kepada lampu mentol berkuasa bateri. Saya tinggal di asrama pada masa tu. Jadi saya pun buat la litar projek ini sampai jadi dan sambungkan pula kepada mentol lampu yang telah saya pasang dengan cover yang nampak kemas.


Bila siap, saya tunjukkan kepada member satu dorm. Member suka. Tiba satu hari satu spot check diadakan oleh warden asrama. Warden hanya memeriksa locker setiap student. Manalah tau jumpa benda yang bukan-bukan pulak. Sampai di locker saya, saya jadi cemas sikit sebab baru teringat ada projek litar ini dalam locker saya.


Hati saya jadi tak keruan takut kena rampas atau sebagainya. Buka saja pintu locker, saya terus buat presentation pasal projek ini. Terpinga-pinga warden dan seterusnya warden rasa happy dan kagum dan terus berlalu tanpa mengeledah locker saya dan member yang lain.

Membuat PCB dengan mudah

Dengan adanya teknologi canggih seperti komputer dan printer, kerja untuk membina PCB agak mudah dan cepat. Itu pun bergantung kepada skill masing-masing dan juga kemampuan. Saya berminat sangat dengan membina PCB sendiri dan hampir setiap minggu pasti ada 1 atau lebih projek PCB yang telah saya buat.

Namun begitu walaupun adanya teknologi terkini, saya lebih suka dengan kaedah manual. iaitu denga menggunakan kerja tangan tanpa perlu guna peralatan komputer, software dan printer. Bagi saya ianya mudah (mungkin sebab saya sudah biasa dengan kaedah tersebut). Sebagai contoh saya mengambil masa kurang 6 jam untuk menyiapkan 3 PCB litar Sistem Pembasuh Tangan Automatik. Manakala kurang dari 2 jam untuk 1 PCB litar projek sistem sensor. Semua tempoh berkenaan termasuk dengan kerja pemasangan dan pematerian komponen.

Lihat seperti gambar di bawah ini. Teknik yang saya gunakan adalah teknik penampalan lettering dan teknik maker. Semua cara ini mesti melalui proses penyurihan diagram litar di atas kertas.

Gambar di atas menunjukkan proses penampalan lettering dibuat terlebih dahulu. Biasanya saya membuat agakan sendiri tanpa perlu membuat tanda di atas PCB. (Amaran! Jangan Cuba Cara Saya Ini Jika Tidak Boleh Membuat Andaian Jarak Kaki Komponen.) Paling tidak pun buat tanda guna pensel terlebih dahulu SEBAB... sebab jika tersilap anggaran jarak kaki komponen, komponen yang hendak dipasang sudah tidak ngam atau sengat, atau terbalik atau kaki komponen terpaksa dibengkokkan dan ianya nampak tidak cantik atau nama lainnya adalah buruk.


Kemudian lukis laluan litar seperti dalam gambar sebelah ini. Guna marker PCB sahaja. (AMARAN! Jangan Guna Marker Lain Selain Dari PCB Marker). Marker ini kalis air dan pekat. Jika guna marker lain, besar kemungkinan kurang menjadi atau PCB rosak pada laluannya atau tidak pekat atau mudah terguris atau tidak kalis air. Satu lagi yang penting adalah PCB Marker ini sangat mudah rosak atau kering JIKA terlalu lama terbuka atau melakukan kerja slow motion. Skill yang perlu ada adalah boleh menghafal laluan litar yang hendak dilukiskan. Pastikan laluan yang hendak dilukis adalah sekali surihan sahaja. Sebab proses seterusnya adalah menebalkan dan mencantikkan laluan litar yang dilukis tadi.
Seperti gambar di sebelah kanan pula adalah proses setelah menebal dan mencantikkan laluan mengikut sesuka hati saya. Jika saya nak buat corak batik pun boleh. Apa yang saya lukis nanti akan menjadi gambaran yang sama setelah proses eching dilakukan. Pada mula saya mencuba buat PCB ini, saya melukis beberapa garisan lurus menggunakan pembaris. Keadaannya sungguh tidak memuaskan hati dan nampak tidak cantik. Jadi saya guna free hand untuk melukis laluan litar pada PCB. Jika rasa rajin, saya akan lukis betul-betul seperti PCB TV atau yang dibuat dikilang. Apa pun yang penting litar mesti berfungsi dengan baik. Jadi cara yang sama saya guna untuk buat 3 PCB yang sama. Sebab nak buat projek sistem pembasuh tangan automatik sendiri.

Stelah siap membuat kerja tangan di atas PCB, tibalah masa untuk proses eching. Proses eching ambil masa 15 ke 20 minit untuk siap. Bergantung kepada suhu asid dan juga kepekatan bahan kimia tersebut. Teknik kocakan juga penting. Seperti juga sama dengan teknik mendulang. Setelah itu tebuk lubang denga drill dan buat pemasangan komponen. Setelah 6 jam, 3 litar telah berjaya disiapkan. Termasuk dengan pengujian litar sekali.
Walaupun kerja yang saya tunjukkan ini nampak mudah, sebenarnya ia sangat merumitkan seperti kerja lakaran dan surihan di atas PCB. Ketahanan mental dan fizikal kedua-duanya penting digunakan. Jika tidak ia boleh melemahkan semangat. Jangan ambol mudah dengan kerja seperti ini. Jika anda berminat, sudah pasti tiada yang mustahil. Jika rasa kerja ini mudah walaupun anda belum mencubanya, saya nasihatkan untuk anda mencubanya sekali. Selamat mencuba!

Membuat Penyambungan Litar

Untuk membuat penyambungan litar lain kepada litar projek yang asal memang agak susah dan pening. Itu pun kalau tak biasa buat memang susah sikit. Untuk memudahkan kerja, buat lakaran di atas kertas dahulu dan fahamkan lakaran tersebut. Contoh seperti membuat penyambungan motor pam air kepada relay pada litar projek. Perkara sebegini memang banyak sekali saya terima pertanyaan.Konsep relay adalah sama seperti sebuah suis. Guna konsep tersebut untuk membuat penyambungan kepada alatan lain. Lihat contoh seperti litar atas ni. Untuk litar tersebut relay dibuat penyambungan kepada mentol lampu. Konsep yang sama juga dilakukan untuk alatan yang lain. Cuma bezanya adalah penggunaan voltan bagi alatan yang hendak disambungkan. Litar di atas mentol menggunakan punca voltan yang sama dengan litar. B

agi mengawal alatan elektrik, punca voltan adalah 220VAC. Jadi buat penyambungan kepada punca voltan tersebut dan bukan terus ke voltan litar. Kebanyakan dari anda semua sangat susah untuk membuat penyambungan kepada relay untuk alatan atau litar lain. Normal la tu. Dahulu pun saya mula-mula agak keliru. Lepas banyak buat latihan dan ulangkaji, Alhamdulillah boleh faham. Bnayakkan buat percubaan.

Jika berlaku kesilapan atau tak menjadi, itu tidak mengapa. Lagi bagus sebab boleh belajar dari kesilapan. Buat pemerhatian sedikit dan cuba fahami laluan penyambungan yang dibuat. Insyaallah OK.

Masalah lagi

Sekarang ni laman MyEnik mengalami masalah tak leh nak buka. Bila buka je keluar wording yang bukan-bukan. Saya kurang pasti apa puncanya. Member saya kata masalah server dan ada yang kata sebab masalah coding web site tu.

Saya buat semula dengan scrip baru dan cuba cari masalah yang telah berlaku. Akhirnya saya berjaya menyelesaikannya juga. Tapi banyak kerja la. Apa pun semua dah ok dan boleh buka macam biasa.

Puncanya apabila saya dapat tahu dari pelawat MyEnik sendiri yang menghantar e-mail menyatakan masalah tak boleh masuk web site MyEnik. Paling ketara jika buka web site dengan Mozilla Firefox. Kalau Internet Explorer ok je.

Patutlah sejak kebelakangan ini suasana sepi je kat MyEnik. Rupa-rupanya tak boleh nak masuk. Kepada pelawat-pelawat, jika ada masalah untuk masuk MyEnik, tolong bagitau kami yek.

Rancangan seterusnya

MyEnik agak slow sikit pada waktu ini kerana ada banyak faktor. Antaranya adalah kami agak sibuk dengan tugasan baru dengan perancangan myenik pada masa depan. Pada masa sama juga, myenik akan mengeluarkan Buku Koleksi Sensor + komponen yang mana ianya dihasilkan dari permintaan pelawat myenik. Insyaallah pada masa terdekat ini akan keluar.

Selain itu juga myenik dengan melangkah setapak lagi dengan menghasilkan produk projek kit. Agak lambat sedikit kerana banyak projek kit yang kami uji ini memerlukan masa. Buat masa sekarang sudah lebih dari 10 projek kit sudah berjaya diuji dan mungkin akan dijual pada masa terdekat. Agak menarik projek kit ini lain dari yang lain dan ia menggunakan veroboard dan bukan PCB seperti yang terdapat di pasaran sekarang ini.

Sebarang perkembangan terkini akan kami beritahu.

Produk Baru

Dari pemerhatian saya menerusi undian yang terdapat dalam blog ini, projek untuk sensor adalah pilihan yang tertinggi sekali. Tujuan saya membuka pengundian tersebut adalah untuk mengetahui apakah pilihan utama anda. Oleh itu saya akan mengeluarkan produk terbaru MyEnik iaitu Buku Koleksi Sensor. Produk tersebut sama seperti Produk Buku Koleksi LED yang mengandungi buku, cd dan komponen elektronik. Jumlah litar projek belum dipastikan lagi tetapi senarai litar sensor sudah dihimpunkan untuk dibukukan. Jadi bagi mereka yang minat dengan litar sensor anda boleh dapatkan buku ini pada masa terdekat.

Mencari idea

Untuk mencari idea yang bernas dan menepati apa yang dikehendaki mungkin agak sukar jika tidak tahu tekniknya. Bagi sesetengah orang ianya mungkin senang dan idea tersebut muncul dengan mudahnya. Manakala ada juga yang susah sangat untuk memerah idea yang benar-benar baik. Jadi bagaimana untuk menjana idea yang baik. Idea atau ilham datangnya dari Allah. Tidak kiralah sapa pun diri kita, Allah akan memberi ilham jika Dia menghendakiNya. Oleh itu sentiasa berasa tenang dan insyaallah idea akan datang. Banyak kaedah yang boleh dipelajari untuk menghasilkan idea yang bernas dan bermutu yang mana ianya boleh dipelajari di mana-mana. Bagi umat Islam cara terbaik adalah meminta keampunan (istigfar) dan berdoa supaya diberikan idea yang kreatif. Sentiasa tenang dan melakukan teknik pemikiran secara tersusun dan berperingkat satu persatu. Dengan cara tersebut Insyaallah idea akan muncul atas bantuan Allah. Cubalah.

Video Komersial Produk Koleksi LED

MyEnik ada buat satu video komersial untuk produk buku koleksi LED. Tujuannya tak lain adalah nak tunjukkan litar projek yang boleh dibina hanya pada satu kumpulan komponen yang diberikan.Berpandukan kepada buku yang diberi beserta juga dengan CD yang mengandungi maklumat berkaitan dengan semua projek. Maknanya anda kena ada komputer untuk buka CD tersebut. Jangan masuk dalam VCD atau DVD player sudahlah. Sebab Cd yang diberikan tu untuk kegunaan komputer sahaja dan bukanya fail video.

Jadi lepas ni akan keluar pula produk buku koleksi Sensor. Sama macam koleksi LED yang mengandungi 13 litar terpilih, koleksi sensor juga pun begitu juga cuma jumlah litar yang boleh dibina kurang dari 10 litar sahaja. Jadi bila buku tu akan keluar? Anda tengok dalam minggu ni. OK

Selamat Tahunbaru 2008

Assalamualaikum. Hai semua. Pertamanya saya nak ucap selamat tahun baru 2008. Semoga kehadiran tahun baru ini dapat memberikat semangat baru kepada kita untuk mencapai kejayaan. Begitu juga dengan MyEnik yang kini berusia 3 tahun. Harapan kami di MyEnik dapat memperbaiki kelemahan dan kesilapan lalu dengan meningkatkan lagi mutu perkhidmatan.
Pada awal tahun baru 2008 ini juga MyEnik akan memperkenalkan produk baru secara berperingkat-peringkat. Diharap nanti dengan adanya produk baru tidak lama lagi segala permintaan dan keinginan peminat litar elektronik dapat memberi kepuasan yang maksima.
Insyaallah. Selamat tahun baru.